Assalamualaikum. Sekadar luahan hati. Perkenalan saya dengan bakal isteri sangat singkat. Konon cinta selepas nikah. Tapi..Makin hari, makin hilang perasaan padanya. Dia makin hilang hormat pada saya. Bayangkan, saya tersilap eja perkataan, dia jerit-jerit marah pada saya. Katanya saya nak eja nama ex. Ya Allah ya rabbi, langsung tak terlintas dalam pemikiran.
3 hari sebelum kahwin, saya penat cari barang kahwin, penat pergi repair kereta. Makan duit besar bercampur pening kepala memikirkannya. Malam tu saya lupa ucap ‘i love you too’ dia jerit-jerit dalam phone marah saya sedangkan family dia ada bersama waktu tngh malam. Katanya family lain tak dengar. Betapa retaknya hati ni. 2 hari sebelum kahwin, hanya kerana lupa wish birthday, dan ex husband dia yg wish dulu, dia pergi up dekat status perli saya.
Tahu tak betapa hancurnya hati ni. Aku tak minta dibandingkan. Aku bukannya perfect. Aku tahu. Aku dah tak sanggup nk teruskan perkahwinan ni. Tapi aku taknak tengok airmuka ibubapa ku jatuh di khalayak ramai. Aku taknak air muka ibubapanya jatuh juga. Betul lah orang pesan, muka cantik tapi kalau perangai ke laut, takkan bahagia jugak. Nasihatku. Carilah yg beragama. Nescaya kamu bahagia. Aku dah tersilap langkah. Apakah aku akan bahagia juga?




