Assalamualaikum. Sekadar ingin berkongsi cerita hidup. Ketika rumah tangga sedang d landa badai. Dalam cubaan dan dugaan, wujud seorang wanita dalam diam mengambil kesempatan di atas masalah rumahtangga yang sedang dalam krisis. Merupakan seorang teman. seorang sahabat. Wahai sahabat, aku tahu engkau kenal lebih lama dengan suami ku. tapi itu tidak bermakna kau harus mengambil kesempatan dikala rumah tanggaku dlm dugaan. Engkau tahu atau tidak cerita sebenar yang berlaku dalam rumahtangga ku?? Hanya aku yang tahu.
Aku yang tahu siapa dan bagaimana suamiku. bukan kau yang hanya ingin kan kebahagian dari orang lain. Kau hanya mendengar segala keluh kesah dari suami ku. Kenapa tidak bertanya terlebih dahulu kepada aku? Aku juga teman mu. Sampai rancang ingin berkahwin. Tidak ka engkau tahu ak sedang mengandung. Susah senang aku hadapi sendiri. Alahan dan kesakitan. Aku yang tanggung sendiri. Tidak kah terlintas di fikiran mu sahabat tentang ku? Sehingga kini suami ku tidak mengambil tahu walau sedikit pun tentang aku dan anak ku. Yang ada dalam pemikiran suami, hanya lah. saya suami. saya betul. Segala sakit aku yang tanggung.
Kau suami ku bahagia hidup bsendirian seperti orang bujang di temani sahabat ku yang engkau kata paling memahami mu. Suami sedar kah engkau aku masi isterimu aku melahirkan anak pertama mu dan sedang mengandungkan anak keduamu? Bagaimana jikalau ALLAH mengambil ku ketika aku melahirkan anak mu nanti? Kerana ego. Kerana kebenaran yang kau ingin tegakkan sehingga kau buat isteri dan anak2 mu seperti tidak mempunyai ayah. Maafkan aku sebelum terlambat suamiku.




