salam. harap admin dpt hide fb saya
saya seorg ibu kpd 2 org anak, penjawat awam.telah berkahwin selama 5 thn…..
yang menjadi masalah saya skrg ni adalah sikap suami. suami suka menuduh saya ada lelaki lain. sdgkan hakikatnya saya takde lelaki lain. sikap cemburu dia yang melampau2. smpkan kami sentiasa bergaduh tentang ni. kdg2 dlm wasap group ditempat kerja, ada ketua lelaki wasap untuk bertanya hal keje, suami akan menuduh saya ada skandal dengan ketua saya.
Pernah ada rakan sekerja tolong tengokkn kereta saya yang rosak masa tu saya ditempat keje saya ada tel suami untuk dtg tgkkan kereta tapi suami bg alasan nk tdo. jadi kwn sekerja offer untuk tolong bantu. masa kawan sekerja tgh tgkkn kereta tiba2 suami datang dan tuduh saya tenah berkasih sayag dengan skandal.. .kalau ada org lelaki salah dail no tel pun jadi isu.. saya jadi tertekan..
Memang saya mengaku saya dah semakin berkasar dengan dia tapi dia yang ajar saya berkasar sebab dia tak pernah nak percayakan saya . alasan dia sebab dia dh banyak tengok si isteri berlaku curang pada suami.. suami pernah berckp yang saya dah taknak layan dia. tapi dia sikit pun tak faham yang saya penat. dengan anak dua2 menyusu badan.saya kena uruskan rmh, jaga anak.balik keje dh mlm.
suami balik keje terus hadap hp main games. bila mintak tolong uruskan anak2 dia tengking anak2. mintak tolong urus rumah, dia akn buat smbl hempas2 brg dlm rmh tu. jadi macam mana saya nak layan dia elok2 kalau dia tak pernah nak layan saya elok2. kemuncak pergaduhan kami bila dia kutuk2 saya dpn family dia dan family dia pun jadi batu api.
Saya terdgr dan saya buka satu2 cerita,tentang segala pertolongan saya pd dia, tentang sikap dia yang suka malukan saya ditempat keje, sikap dia yang suka menuduh saya macam2 (termsk prnh tuduh saya tdo dengan lelaki lain ketika saya pergi berkursus). Hal ni tlh menyebabkan kami gaduh besar.keluarganya mengatakan saya kurang ajar.. btl ke saya kurang ajar?btl ke tindakan saya? saya terfikir untuk lari bwk anak2 jauh dr suami.sebab saya btl2 tertekan




