Assalamualaikum admin yg dikasihi. Tolong saya min share kisah saya ni.Saya perlu luahkan masalah rumah tangga saya ni min. Da x terluah dah dalam hati ni. X tau saya nak story dekat mana lagi dah. Saya takut jadi gila je ni. Hehe. Jadi bawangrians sekalian, berilah nasihat membina pada saya yg sedang dalam dilema ni. Sebenarnya saya pernah share kisah saya tahun lepas kalau min masih ingat pasal air kencing kucing depan pintu rumah tu. Haaaa. Saya la tu min. Skrg saya muncul lagi.hehe..
Saya dan isteri ni umur sama 31 tahun dan kami dan lebih 4 tahun dan menjalani alam perkahwinan. Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang anak lelaki 3 tahun. Saya berkerja di sektor swasta, construction dan isteri tidak bekerja juz buat bisnes online dari rumah. Masalah saya ni min lebih kurang jugak macam masalah sebelum ni min. Tapi skrg lebih teruk. Masalah rumahtangga saya ni mcm ni min. Entah la. Saya pun xtau sgt nak bercerita ni min. Tapi saya cuba la juga. Isteri saya ni lain sikit min.
Walaupun dia suri rumah, tp dia anggap bisnes online dia tu adalah carrier dia dan perlu dilayan seperti orang bekerja. Sebab tu la anak saya tu start dari umur setahun stgh kalau x silap dah dihantar ke Islamic international school apa benda kenama ntah yg bapak mahal yuran tu. Hurmm.
Dia cakap dia letih nak layan anak dan perlu focus pada carrier dia. Saya ni min, xpernah lgsg nak halang dia apa dia nak buat dan saya xpernah lgsg nak paksa dia bekerja ke apa sebab alhamdulillah pendapatan saya bekerja seorang agak lumayan untuk kami sekeluarga.
Walaupun dia pilih untuk bisnes online walaupun dia ada MASTER, saya xkisah pun. Asalkan dia happy. Tapi sifat dia min lain mcm sikit min. Sumpah. Saya ni bekerja sektor construction min. Jadi saya mmg akan sgt letih. Kalau dulu saya bekerja dgn company korea, keluar rumah 7npagi, balik rumah 11 malam hari2. Ahad sahaja cuti. Alhamdulillah, skrg da 4 bulan saya da tukar company kerja offices hour je cuma jarak perjalanan dr rumah ke office tu sehari 220km saya kena hadap.
Jadi mula2 kerja, saya pergi kerja naik kereta min. Lepas sebulan, saya rasa sgt2 rugi guna kereta pergi ulang alik kerja. Campur tol, minyak, maintenance kereta dekat rm1500. So, bulan kedua saya decided kena beli motor g kerja. Minyak ulang alik br rm12. Saya cakap pada isteri saya niat saya tu min. Dia boleh selamber badak cakap kat saya, ‘ sebab tu la jgn makan gaji..makan gaji ni mmg xpernah cukup. Tgok, nak naik kereta g kerja pun xmampu. Allahu. Tuhan je tau apa saya rasa waktu tu. Kalau org lain yg cakap saya xde hal lah. Paling kuat saya ajak bertumbuk je. Hahaha. Ni isteri sendiri yg cakap mcm tu min. Hurmm.
Dia anggap kerja makan gaji ni hina sangat kot. Itu la yg saya cakap tadi yg isteri saya ni pelik sikit. Pelik dari segi pemikiran dia ni la. Ada sekali tu min saya borak dgn adik ipar, adik dia la. Saya cakap InsyaAllah lps ni saya akan naik motor je pg kerja. Adik ipar tanya berapa jauh. Bila adik ipar saya tau jarak pg balik 220km, dia da terkejut beruk. Saya gelak je la. Saya cakap mmg la teruk tp InsyaAllah boleh kot. Waktu tu isteri saya terdengar perbualan kami dan dia mencelah dia cakap, ‘ heh, orang lain ulang alik kerja jauh naik motor x bising pon. Xde hal pon’. Allahurobbi. Demi Allah, saya sedih sungguh2 waktu tu. Saya terus terdiam. Pendam dalam hati. Adik ipar saya pon waktu tu terkedu knp akak dia cakap camtu. Saya ni redha sguh2 min. Saya redha ada isteri x blh nak fikir mcm orang lain fikir.
Pernah sekali, hujung bulan, saya x berduit sgt. Lepas la untuk minyak moto, keta, makan minum kami anak beranak waktu tu. Tiba² isteri saya mintak pergi family mart depan rumah ni nak beli makanan dia cakap. Saya pun explained la kat isteri pasal status kewangan kami waktu tu. Dia boleh melenting min. Dia boleh tinggi suara cakap, ‘ tgok saya da cakap. Kalau makan gaji ni sampai bila2 xde duit. Still sama je hujung bulan xde duit.’ Bila saya cakap kat dia saya ni da habis korban da sebenarnya kat family kami. Untuk pengetahuan min, saya ni mmg xkan makan di luar even waktu kerja.
Pagi2, masa otw g kerja saya akan beli roti gardenia ban tu dua biji air saya bawak dari rumah Itu la alas perut saya sampai la ke petang. Balik rumah, apa ada kat rumah saya makan. Kalau dia xmasak pun, saya akan goreng telur sendiri je. Bukan saya xboleh makan luar tapi setiap kali saya nak makan luar, otak saya mesti teringat apa la anak bini saya kat rumah makan. Saya rasa mcm x adil untuk saya makan sorang2 yg sedap2 kat luar. Bila saya cerita pasal ni kat isteri, dia boleh cakap,’ tgok la tu. Sampai kan nak beli makanan kat tempat kerja pun xmampu’. Dia xsedar ke yg saya buat tu bukan untuk orang lain. Tapi untuk anak dan dia jugak. Allahu. Sedih sungguh min hati ni.
Untuk pengetahuan semua, tender cuci pinggan mangkuk, tender basuh baju, sidai baju, lipat baju, masuk baju dalam almari, basuh toilet, basuh kipas, buang sampah, adalah tender saya dari awal kawen sampai skrg.Jadi, tuan² puan² boleh la bayangkan. Saya balik dari kerja, main dgn anak kejap. Masuk maghrib, mandikan anak, solat. Lepas tu, basuh pinggan mangkuk periuk yg bertimbun seharian tu. Da selesai, tekan mesin basuh. Sementara tu, potong bawang, siang segala ikan ,ayam, daging semua la. Sebab isteri ada allergic kat tgn so xboleh pegang benda2 mcm ni. Lepas tu, makan nasi jap kalau ada lauk. Kalau xde atau belum masak, saya keluar beli bungkus untuk kami semua.
Lepas makan, ambik baju sidai. Kalau saya malas, saya bawak g kedai dobi untuk kering. Lepas kering lipat. Balik rumah, solat isyak, tido. Esok, ulang balik rutin yg sama. Hari² tuan² puan². Sebenarnya saya letih sungguh min. Tapi saya gagahkan juga demi keluarga. Sapa² yg suami nya kerja sektor construction ni, faham la mcm mana letihnya. Dgn travel g kerja lagi. Allahu. Tapi xpe. Saya xkisah benda tu semua. Saya anggap tu la pengorbanan saya sebagai suami dan ayah. Cuma kadang2, saya nak juga dilayan mcm suami. Balik kerja disambut isteri dengan senyuman. Dapat minum air isteri buat. Saya nak rasa semua tu mmg tak lerrr. Haha.
Pernah sekali saya balik kerja saya cakap saya letih sungguh sambil duduk atas sofa. Saya mintak dia buat air untuk saya. Dia boleh cakap ,’ abang.. saya ni letih bang. Seharian saya latih urus anak, hantar anak ke sekolah, urus bisnes saya,vacum rumah. Jadi, malam mcm ni la saya nak relax2 bang. So, abg jgn la suruh saya buat macam2′. Jadi tuan² puan², apa la saya boleh buat lagi kalau dah mcm tu dia nak.
Lagi satu min, bab financial min. Ya, saya bekerja seorang min dan isteri suri rumah buat bisnes online. Sepanjang perkahwinan kami ni min, serius saya cakap saya xpernah langsung rasa apa itu makna perkongsian dalam rumah tangga. Bagi isteri saya, hak dia dan anak, xboleh lgsg dikongsi oleh saya. Sbg contoh min, kalau hujung bulan isteri tau saya xberduit, n dia nak something, sampai bila2 pun dia xkan bantu saya walaupun dia ada duit. Saya tau dia ada duit sebab saya sa banyak kali sgt saya test dia. Saya letak dalam wallet dia rm50, dan saya tau dia perasan duit tu. Pergi kedai saya buat2 cakap saya xcukup duit n mintak dari dia dulu nanti saya bayarkan. Alamatnyaz sampai kesudah la dia xbagi. Dia sanggup suruh saya tinggal barang2 g atm ambik duit dari bagi saya pakai duit dia dulu.
Saya xpernah ada history hutang dia ke apa ke sebelum ni n x bayar balik. Mmg xpernah ada. Tp tu la perangai dia. Baru2 ni raya. Ada sekali kami nak keluar beraya rumah pakcik saya. Saya cakap bawak duit raya anak tu sekali. Belum sempat saya habis cakap, dia da tinggi2 suara cakap xboleh xpayah itu duit anak knp saya nak pakai. Allahu. Padahal saya nak tukar duit kecil nak bagi duit raya kat budak2 kat sana nanti. Terkilan sguh saya dengan perangai isteri yg ni. Kalau nak cerita banyak lagi kisah sebenarnya kisah2 lain tp cukup la sampai sini je.
Sebenarnya min, saya ni da usaha mcm2 da min. Semua benda saya da buat. Nak cakap saya xbawak isteri jalan². Boleh kata setiap minggu 2 3 kali jugak g shopping mall. Cuti mana yg jalau lebih 3 hari saya x bawak dorg balik kampung. Setiap tahun pulak mesti saya akan bawak isteri n anak g jalan2 mana2 tepi pantai ka apa ka asalkan tido hotel. Apa lagi la yg saya nak kena buat. Setiap kali kami gaduh, mmg dia akan tinggi suara kat saya. Kalau dulu saya banyak diam n makan hati je. Tapi lepas saya dpt nasihat dalam KRT ni tahun lepas, saya mmg akan tinggi suara balik. Waktu tu, mmg tuhan je tau apa yg jadi.
Isteri saya pasti akan buat ayat mencabar saya untuk uji saya. Ejek2 saya. Hina saya. Allahu. Aku berserah sungguh padamu yaAllah. Ni kami baru lepas gaduh min semalam. Saya balik keje letih min. Lepas buat segala TENDER saya tu, saya rehat kejap atas sofa. Lepas tu saya masuk bilik nak ambik phone. Waktu tu dia tgh korek telinga. Terlanggar la tangan dia. Dia punya marah min, seolah2 mcm saya ni nak bun*h dia. Dia punya maki hamun tu mcm saya sengaja nak buat mcm tu. Allahu. Saya mmg hilang sabar da semalam. Sambil saya marah2 dia, dia mcm biasa akan mencabar saya dan hina2 saya. Selalunyaz saya mmg xcakap banyak da skrg. Ambil kunci keluar rumah. Sebab saya xnak cakap atau buat benda yg pelik2 nanti. Lebih baik saya jauhkan diri.
Dua benda je saya mintak minz satu hormat saya. Kalau ada keputusan yg saya tlg hormat dan jangan la langgar atau buat xtau atau xpenting. Kedua saya juz nak dia faham maksud berkongsi dalam rumah tangga tu. Sumpah min, gaji saya da cukup sebenarnya untuk kami sekeluarga. Gaji saya alhamdulillah lebih kurang basic 6.5k sebulan belum tambah elaun n ot lain lagi dan bagi saya cukup untuk kami yg anak seorang ni. Cuma saya nak isteri faham makna berkongsi. Xperlu nak layan saya mcm raja, xperlu nak gosok baju saya. Xperlh nak urut kaki tgn saya. Saya xmintak semua tu min. Berat ke apa saya mintak ni min.
Allahu.Jadi tuan² puan² min, kebanyakkan yg saya cerita dia atas tu adalah keburukan isteri saya. Saya sendiri pon banyak keburukan juga. So, x adil untuk cakap saya ni baik isteri jahat. Ada sisi baik isteri saya ni sebenarnya. Dengan mak ayah saya, dengan mak abah dia, dengan adik beradik, jiran2 semua. Mmg dia baik. Lembit bercakap. Cuma dengan saya je mcm ni. Sampai skrg, saya mmg akan sangat stress kalau fikir benda ni. Tuan2 puan semua, beri la saya cadanngan dan nasihat yg boleh saya pakai untik jernihkan keadaan rumah tangga saya ni.
Walaupun saya ni agak hensem la ( cewah. Hahaha) dan rasanya still laku kot di pasaran, hahahaha, tapi sumpah saya xsanggup nak menduakan dia. Fikirkan anak saya, fikirkan dosa yg akan saya tanggung, fikirkan mcm2 lagi la, saya xsanggup nak duakan isteri dan saya pun memang sayang sungguh isteri saya ni tuan² puan². Saya xmampu nak sayang orang lain. Jadi tolong la suami yg kebuntuan ini. Terima kasih min sebab siarkan kisah saya. Semoga Allah balas budi baik min sekeluarga. Aminnnn.




