Assalammuallaikum admin dan semua. selamat berpuasa.. saya ingin minta pendapat dan meluah agak panjang..
saya seorang isteri yang ada anak dua. surirumah. saya rasa seolah saya di sisih oleh adk beradik suami. selama mak mertua masih hidup dia la yang selalu bantu jaga anak kalau saya buat kerja. kadang mertua la yang ckp “pigi lah buat kerja biar mak jaga anak2”. tapii bila mertua dah takda saya rasa sunyi dan rasa tertekan sebab saya tak sefahaman dgn kakak ipar d sebabkan hal2 tertentu. blik mandi kt bawah. kalau nak cuci kain teda yang tolong jagakan anak. cuci kain guna tngan sebab takda mesin basuh.
saya jenis yang tak mnta tolong sebab suami anak bongsu. saya segan mnta tolong sebab saya adk. lgpun hbngan dgn kak ipar tak brapa baik. bkn sebab tdk tegur tapi sebab segan dan takut kalau soalan tak terbalas. sebab pernah kena bnyk kali. tak di layan. kadang hnya menjeling. saya hnya tndukkan muka. dah dua tahun tangan saya tak di terima untuk meminta maaf pada hari raya. Raya tahun ni saya takut nak salam sebab akan menyakitkn hati jika salam tidak di terima saya jenis yang sensetif mudah menangis.
kadang msk untuk anak sblm suami p kerja. sebab dapur berkongsi. kalau kak ipar d dapur memang lama kadang kecian anak hnya makan nasi dengan kicap. sering berdoa mnta d lembutkan hati kak ipar. suami selalu tolong buat kerja rumah tapi mesti adk beradik dia akan ckp2. kadang suami mandikan anak adk beradik dia akan ckp dgn anak “mak kau tak reti mandikan kau ke?”. mesti aku nangis. dah macam2 aku di burukkan. whatapp group family suami aku d remove kan.. aku rasa sngat tersisih setelah mak mertua meninggl.. apa aku patut buat? suami tak mau pndah sebab rumah orang tua. suami yatim piatu. kerja biasa2 saja kalau nak menyewa memang tak mampu. tapi saya dah tak tahan. sakit




