Salam min. Aku ada baca luahan seorang ni pasal mertua dan ipar duai dia. Bila baca aku rasa macam, eh ada orang ke yang post di pihak aku? Sebenarnya memang wujud keluarga gitu dan aku pun mengalaminya. Mak mertua aku agak cerewet bahagian dapur sampai susun cawan untuk hidangan pun dia boleh marah aku salah pattern. Dia pulak jenis super taat isteri. Bab ni tak apa lah cuma aku jadi tak selesa.
1. Tak boleh makan semeja dengan suami sebab kena hormat suami. Biar dorang makan dulu. Dan pernah aku dah letak nasi sebab dah menggigil lapar, dia boleh cakap eh nanti dulu bagi suami2 (suami aku dan bapa mertua aku) makan. Kita perempuan tunggu dulu. Sampai husband aku terpaksa cakap takpe mama sama je makan je. Nanti gastrik pulak.
2. Kena berpura-pura layan anak lelaki dia macam raja. Kalau tak, dikatakan isteri tak solehah. Pernah suami aku tolong ambilkan sudu kat dapur terus dia sound kenapa tak suruh isteri amik je?
3. Balik kampung aku tak bagi langsung laki aku buat kerja. Malas nak hadap kecaman. Sabar aku ni makin menipis dah ni. So time makan aku suruh laki aku duduk dan aku hidang semua. Tunggu tak suap dalam mulut dia je. Dengan dukung anak lagi. Laki aku serba salah tapi aku cakap takpe. Kang dicop isteri buli suami. Dia nak aku layan laki aku macam dia layan laki dia. Itu sebab dia seolah diperhambakan. Sampai sakit pun tak boleh pergi hospital laki tak bagi. Nanti admit takde sape masak, buat kerja rumah. Kesian memang kesian tapi what to do.
4. Ipar duai aku suka ketuk pintu bilik aku macam nak pecah. Konon aku bangun lambat. Padahal lepas subuh aku dah terpacak kat dapur tapi dorang tidur lagi. Bila takde orang aku masuk bilik kejap tengok anak. Agaknya kakak ipar aku time tu bangun terus ketuk macam pencuri pastu sound eh tak siap lagi! Orang nak pergi beraya ni. Aku pun pelik tadi macam takde orang. Kelam kabut lah aku ni siap. Sekali tengok dia pun tak mandi lagi. Saja nak kenakan aku.
5. Tiap kali balik kampung kena dengar tazkirah bapak mertua aku kena selalu ingatkan laki aku call adil beradik dia kena ingatkan laki aku dia ada family bukan aku je, kena setiap hari call kakak ipar aku. Ape benda laaa.. Dia dengki takut sangat laki aku rapat dengan family aku. Padahal dah rumah kami dekat. Lagi pelik kenapa adik beradik dia tak boleh call laki aku? Kenapa laki aku je kena call? Nampak sangat kat situ saje cari point.
6. Bapak mertua aku suka mintak duit kat laki aku. Aku tak kisah sebab tanggungjawab lagipun tak miskin bagi mak ayah. Tapi ni tahap OVER. Rumah dia duduk sekarang laki aku bayar monthly 2K. Tak cukup tu, dia mintak lagi 10k bayar hutang dia kat kawan pulak. Dia ni dulu bisnesman pastu jatuh. Dia nak kekalkan gaya hidup dia. Bila laki aku tengah takde duit sangat dia cakap berkira. Seolah untuk anak bini takpe tapi tolong mak bapak tak boleh. Siaplah balik kampung nanti. Memang kena perli. Akhirnya aku cakap takpelah ikut jela.. Kita makan ikan kering pun takpe nak ikut tekak ayah awak sangat. Aku dah fed up.
7. Ipar aku pun sama mengada. Laki aku tak call dalam seminggu je dah mengadu kat mertua cakap laki aku lupa family. Gilo palo.
8. Pantang nampak aku bawak mak ayah aku makan sedap atau holiday terus semua menyibuk ingat pakai duit laki aku. Woi aku pun kerja la. Mak ayah aku pun pencen kerajaan berduit. Jgn samakan dgn mak ayah korang takde duit tapi berlagak sombong. Geram ni min.
9. Aku takde hak nak suarkan pendapat. Kena jadi cucuk hidung je. Pernah aku argue sikit terus kena kecam siap cakap kat laki aku, isteri aku ni nusyuz. Serius, aku rasa dorang ni kurang kasih sayang.
Haa itu jela yg terlarat tulis. Haha. Aku harap sangat family mertua aku ke ipar ke baca lah benda ni dan MOHON TERASA. Share lah beramai2 moga pihak sana tahu salah sendiri. Jangan suka salahkan dan aibkan orang. Dahla burukkan aku macam2 kat sedara mara hanya sebab beraya turn aku. Tolonglah ubah mentaliti tu sikit! Ok tamat. Huhu





June 12, 2019
Masyaa Allah . ..stress kalo dapat keluarga Mertua Mcm ni. apa pun bersabar lah dgn ujian ini. Santuni mereka . anda pun balik sekali sekala. kekadang dlm perkahwinan dan urusan dgn keluarga mertua kita kena bijak bersandiwara utk menjaga kemaslahatan