Aslmualaikum.. Min dan KRT. Tadi baru je suami msg bgtahu adik ipar perli saya dlm Status wassap.. Saya dan suami PJJ punca dari family mentua juga..
TAK lama lagi nak raya.. Suami akan dtg ambil bawa balik rumah mentua dulu. Masalah yer sekarang saya takready nak jejak dan hadap mereka semua. Ye saya takkerja suri rumah shj. Jadi mereka anggap saya habiskan duit abg / anak mereka. Bila mereka minta duit suami takde duit akan mula fitnah saya lah control laa beli itu ini mkn luar. Sedangkan suami pun bagi nafkah takbanyak… Lepas byr bil2 dan hutang kadang tu takde langsung nafkah atas sbb bantu mak dia perlu kan duit. Saya pun tak mendesak janji cukup makan minum anak2.
Dulu kami duduk sekali bila sampai saya dfitnah dan dihalau saya mampi cakap baiklah saya bawa diri dan kami cuba perbaiki hubungan kami suami isteri cuma sampai sekarang benci yer mereka terhadap saya. Cuba mencari mana salah silap saya..mcm suami ckp mereka sikit tak tahu susah pyh saya dan hal rumah tangga kami. Ada suami cakap buat biasa je tapi jiwa saya taktenang stress fikir saya difitnah mcm2 sebelum ni… Saya nak mtk pendapat kelian semua.. Cara mcm mana saya nak hadap mereka nanti. TAK ikut balik risau suami terasa hati lagi pulak kesian anak2 lama tak jumpa ayah mereka nak beraya bersama. Tapi risaukan sekarang mereka betul tak boleh nak terima saya sbg keluarga.
Saya tak minta dilayan puteri raja cuma nak kembali merasa kekeluargaan seperti dulu.. Sebelum muncul biras @ kak iapr baru mereka yang kaya raya mampu bagi kemewahan. Sejak iti saya dipulaukan disisihkan.. Mohon pendapat ye semua.. Terima kasih. Saya selalu pesan pada diri mohon doa pada Allah kembalikn kemesraan saya bersama keluarga mentua ipar semua.. Sebab saya tunggal jadi pada adik2 ipar lah saya dpt merasa ada hubungan adik beradik. Dah jadi sebegini.. Allah!




