Assalamualaikum admin KRT. Saya guna facebook sendiri ni,bukan pinjam yang anak saudara atau kawan hatta jiran sekalipun. Tolong jangan hide Profile saya. Cuma jangan ambil gambar saya buat DP page untuk ramaikan followers je.
Saya bukannya nak mengadu hal rumahtangga,saya masih setia bersama isteri.Cuma saya nak luahkan disini yang saya rimas sangat dengan sorang perempuan ni yang suatu masa dulu pernah mengganggu gugatkan keharmonian ‘perkapelan’ saya sehingga saya dan kekasih dulu telah berpisah.
Kisahnya bermula apabila dia mula add facebook saya dan dia mengatakan yang dia tertarik dengan saya kerana saya kacak dan terlihat gagah. Saya mula stalk facebook beliau, gemuk,sedikit comel dan bermekap tebal. Beliau kerap berdoa di facebook dan share gambar orang tua,kanak kanak cacat,orang miskin dan berharap yang lain share dan beroleh pahala dengan hanya ketik like.Beliau juga ada dua video berjoget sambil nyanyi dalam kereta,sehingga saya berkata dalam hati “Gedik betul gemok ni.”
Saya layan dia macam biasa je sebab saya dah ada makwe, sehinggalah pada suatu hari ada sorang kawan dia share gambar dia tak bermekap..
Saya sangat terkejut sebab dia sangat hodoh,rambut kerinting,muka berminyak,kulit gelap berjeragat sampai leher hingga membuat saya berasa loya.
Saya komen dekat gambar dia
“Jangan terlalu gedik kalau diri sebenar hodoh,kerana lelaki Malaysia sukakan kecantikan dan guna pepatah “cantik tak semestinya cerdik.” apatah lagi yang hodoh kan.”
Berlandaskan perempuan sentiasa betul, dia maki saya serupa makcik bawang dalam page KRT kepunyaan admin, saya tak reply makian beliau,sebaliknya saya remove dia. saya fikir setakat itu sahaja kisah kami,seMinggu lepas tu makwe saya mintak clash sebab ada sorang perempuan inbox dia kat facebook kata saya gay. Makwe saya tunjuk chat mereka,dan ternyata itu adalah dia.
Sekarang ni setelah setahun berlalu,beliau add saya dengan facebook baru..Pada awalnya saya tak tahu itu beliau sebab profile dia gambar pokok kelapa tepi sawah.. Beliau sering hantar chat dekat saya ajak couple dan dia selalu hantar gambar dirinya bersama duit yang banyak di tangan.. Saya syak ini adalah salah satu taktik untuk ajak saya join MLM.
Saya cakap saya dah beristeri tapi beliau tak kisah kalau setakat scandal pun takpe.. Saya harap ada pembaca yang dapat membantu saya keluar dari masalah ini.. Geng makcik bawang jangan kecam tau.. Yang benar, Lelaki Kacak di dalam dilema…




