Salam admin, dan warga KRT, salam ramadhan. maaf sekiranya luahan saya ni agak panjang. tapi saya terlalu stress sebab memendam sorang2. saya seorang surirumah sepenuh masa. suami pula kerja polis, dan hensem orang nya. saya berkhawin selama 14 tahun. dan di kurniakan 4 orang anak. sejak mula kawin sampai lah last bulan lalu, rumahtangga kmi sangat bahagia. Tanpa gaduh besar. gaduh kecil tu adatlah dalam perkhawinan. suami seorang yg sangat baik..tak pernah naik tangan,sempurna d mata saya seorang isteri dan anak2..sangat sygkan anak2 dan utamakan ilmu akhirat anak..solat d jaga,berbudi bahasa kepada keluarga saya dan keluarganya. malah tak pernah curang. yalah saya cukup jaga badan, luar dan dalam. dan duit elaun setiap bulan, alhamdulilah. dia bagi sangat2 cukup. sehinggalah bulan lalu, suami sangat2 gelisah. dan tak lena tidur dan tak selera makan…
Betul kata orang,naluri seorang isteri sangat tepat, lebih2 lagi isteri yg mengandung. Sebab sekarang saya mengandung anak ke 5.. Saya cek semua apps dan chat suami sampai ke fb, tiada tanda suami curang. tp bila baca history google nya, semua pasal. taubat zine dan h1v. saya tak dapat tido semalaman. esoknya saya tanya suami, suami cuba berdalih. last2 bila saya bgtau pasal saya tau history yg dia cari, dan saya menangis depan nya, Dia mengaku kalau dia telah tak sengaja berzine dengan dengan tukang urut semasa kawan sekerja bawa ke tempat massage and spa tapi semua bukan sebab kemahuan nya. tp sebab tukang urut tu yg tergoda sengan suami saya, lepas dia urut dan goda suami saya, dia boleh naik bdan suami saya dan berlaku zine tanpa rela. bila suami sedar, suami tolak perempuan tu. mendengar kan pengakuan suami. saya cukup tertekan, dan beberapa hari saya stress sampaikan menganggu kandungan saya..
Suami menangis memohon ampun dengan saya dan Allah, dan suami jgk telah solat taubat setiap hari. Dan mengaji Al quran. wlpun saya sakit dengan semua ini, tp d sebabkan masih sayang saya bagi suami peluang..cuma kdg saya menangis mengenang kenapa terjadi kepada saya? Kdg sampai saya melarikan diri dr suami, tido dalam bilik anak bila suami pujuk, saya melarikan diri. kdg saya kesian kan suami, dia selalu menangis d belakang saya, sebab dia kata dia cukup tersiksa d atas perbuatan nya. kadang kalau datang sakit hati saya, mcm2 saya terpikir, nak pisah dengan nya dan bawa lari anak2. tpi dia kata hari tu, kalau saya lari dengan anak2, tiadalah makna dia hidup d dunia ni tanpa kami. tolong lah bagi saya kata2 semangat. saya tak mampu pendam seorang2.. Lebih2 lagi saya akan melahirkan anak agi utk beberapa bulan.




