Assalammualaikum warga KRT yang mulia dan baik hati. Saya inginkan pendapat dan pandangan warga KRT tentang masalah saya ini. Saya seorang single mother. Mempunyai 3 orang anak. Saya bekerja dalam sektor awam. Untuk makluman warga KRT saya telah berpisah dengan bekas suami pada September tahun lepas. Hubungan kami setakat ini baik dan saya telah menerima ketentuan penceraian ini. Bekas suami telah berkahwin lain.
Masalahnya kenapa saya kerap bermimpi bekas suami. Terlalu kerap, sampaikan saya jadi sedih setiap kali saya bangun tidur. Saya dah boleh move on dan dia pun dah bahagia, tapi kenapa ye dia selalu muncul dalam mimpi saya?. Apa petandanya atau sekadar mainan tidur?. Saya dah amalkan bacaan-bacaan sebelum tidur dan setiap malam memang tak pernah lupa. Mungkin ada yang kata saya masih menyayanginya. Ye, sayang tu masih ada. Kami bercinta 8 tahun dan berkahwin 11 tahun tak kan lah tak sayang tapi saya dan dia memang tak ada perancangan untuk bersama semula Saya tak nak la meruntuhkan rumahtangga orang lain walaupun dulu rumahtangga saya hancur disebabkan oleh orang ketiga, isteri dia sekarang.
Saya masih rasional dan tak kan pernah untuk mengambil hak orang lain. Saya dah pernah rasa hancurnya hati perempuan seperti saya dan saya tak kan menyakiti hati kaum sejenis saya juga. Saya bahagia dengan hidup saya dan anak-anak sekarang. Tapi tu lah. Kenapa saya boleh kerap bermimpikan bekas suami?. Pengakhiran mimpinya pun dia akan tinggalkan saya. Ending mimpi tu yang sedih-sedih. Warga KRT yang budiman, boleh bagi pendapat dan pandangan. Selamat berpuasa. Sayang kamu semua.




