salam min … aku seorang isteri , daa 4 tahun kami bernikah. dalam 4 tahun tu aku selalu tersiksa.. tiap2 tahun mesti akan ada wanita yang masuk dalam hidup suami aku . Baru2 menikah dia tendang aku dihadapan adek beradek nya hanya kerana kami semua bergurau dan dia tak boleh terima gurauan itu.. bukan itu saja . kami bergado di rmh ayah mertua ku dan suami ku memukul ku hingga lebam2 dimuka ku malang nyr hari yang dia pukul aku nenek aku masuk hospital . aku tk dpt tgk sbb keadaan muka aku lebam aku tkt mak ayah dan ahli keluarga yang lain akan bertanya.
Nenek aku cari aku nak tak nak aku tetap trn tapi muka aku tepekkan dengan bedak setebal2 tidak.. 10 bulan lepas , suami aku terduduk. bila dia keluar aku seolah2 tak kenal dia sebab aku rasa lain sangat . suatu hari aku tdo aku terbgn pkl 3 lebeh pagi sebab aku mimpi suami ku curang . kuasa allah dan allah telah kejuntukan aku pagi tu. hp aku ada orang pm , ada pmpn pm mengatakan dia tak nak cntct suami aku lagi sebab dia suami orang dan isteri dia ( aku ) terlalu baik syangkan dia . hati aku hancur. Seminggu aku tidak sebumbung dgn dia . malahan aku dituduh macam2 oleh dia . lepas tu kami kembali sebab aku beri dia peluang untuk berubah … tapi hampa hati ku bila baru2 ni saat aku tgh hamil 4 bulan aku dpt tau suami ku curang dgn wanita yang sama 10 bulan dlu.
Aku ajak suami ku kermh wanita itu dan dihadapan ku suami ku mengata kan bahawa mereka suka sama suka . wanita itu suruh suami ku menceraikan aku tapi suami ku tk mahu kerana aku sedang hamil … hati aku sakit sangat … aku tetiba jadi tawar hati . aku da tk mampu nak menerima dia dalam hidup aku tapi dipaksa oleh orang sekeliling aku … mereka suruh aku bersabar demi anak yang aku kandungkan … sakit sangat hati ni hanya allah saja yang tau . selama 4 tahun bernikah aku belum pnyai zuriat. macam2 tomahan yang dia lemparkan pada aku . dia cakap aku mandul dan macam2 . tapi bila allah memberi aku rezeki untuk menjadi ibu tahun ni , dia mempermainkan perasaan aku. Hanya satu aku minta doakan bahawa aku kuat untuk menempuhi dugaan ini.. tlng hide profile aku. terima kasih .




