Salam admin Ahli KRT. Saya dalam dilema dengan perasaan saya. saya telah berkahwin hampir 7 tahun, saya pernah berzin* dan mempunyai anak luar nikah berumur 2 tahun lebih, Semasa saya mengandung dan bersalin sampai anak umur 1tahun 9 bulan baru suami dapat tahu yang anak selama ni yang dia jaga adalah anak hasil zine saya tetapi suami terima saya dan anak saya,
Masalah sekarang ni perasaan cinta saya dah takde terhadap suami. Tapi saya kasian nk bg tahu suami yang saya sudah tiada cinta terhadapnya . Suami saya sangat baik dia boleh terima semua ni, tetapi saya tak boleh hidup macam ni terus dngn dia . Apa patut saya bgtahu dia supaya dia lepaskan saya dengan cara elok, lagipun keluarga n suami sngt sayang kan anak saya walaupun mereka tahu tu bukan dar*h daging mereka, sudah setahu berlalu mcm ni dengan perasaan delima saya.
Saya nak tanya adakah bila saya cerai nanti bin atau binti anak saya akan ditukar? Saya berzin* semasa usia perkahwinan 4 tahun lalu .. hidup saya dihantui oleh dosa berzin* saya walaupun suami n ahli keluarga memaafkan perbuatan saya, saya tak boleh terus hidup dengan suami mcm ni tolong bg pandangan yang arif.




