Salam min hide profil ni. Ni profil rakan saya. Bukan semua yang jadi kedua tu berniat nak jadi yang kedua. Setiap orang ada takdir hidup masing2. kalau Allah dah tentukan begitu jalan hidupnya. tak ada siapa pun yang dapat menghalang. Saya juga rasa sedih bila takdir hidup saya bakal jadi yang kedua walaupun tak pernah terlintas dan terniat difikiran. malah berniat hanya nak habiskan kehidupan didunia ni hanya seorang diri berbekalkan iman yang sedikit dan cuba dicari lagi.. namun segalanya atas kehendak Allah. hati setiap hamba Allah yang berhak dan mendetikkan rasa cinta.
Sepanjang hidup takpernah ada rasa cinta pada mana2 lelaki. Banyak lelaki bujang yang ingin berkawan secara serius dan ada juga cubaan mengenali lelaki2 bujang secara serius. Namun tidak timbul rasa cinta dan tiada jodoh. Hadirnya dia yang berstatus suami mengharapkan kasih sayang saya untuk hidup bersama sebagai yang kedua cuba saya tepis dengan alasan tidak mahu mengguris hati isteri pertama. Tidak mahu menyusahkan hidup org lain apatah lagi saya tidak sempurna kerana diuji dengan sakit yang betul2 menguji kesabaran diri saya. Solat istikharah dilakukan dengan penuh pengharapan.
Hati yang tidak pernah tahu apa rasa sayang timbul pd si dia. Allahuakbar. Saya menangis kerana sayagkan hak org dan seboleh2 tidak pernah fikir akan jd yang kedua. Takdir Allah pd saya tidak mampu saya lawan. Kesabaran yang tinggi sangat perlu. Saya berdoa semoga isterinya dilembutkan hati menerima saya dan menerima takdir Allah. Persoalan yang membelenggu fikiran saya ialah isteri pertama sering mengugut untuk bercerai adakah isteri boleh minta cerai dengan alasan suami berkahwin lagi walaupun suami tidak akan menceraikan isterinya tanpa sebab.
Mengapa begitu sukar untuk isterinya memahami hajat suami yang perlukan kedua2nya untuk hidup bersama dan sama2 mencari redha Ilahi. Saya tidak sedikit pun pernah berniat utk dia berpisah dengan isterinya. Malah saya teringin utk jadi sahabat pd isterinya. Semoga Allah membuka dan melembutkan hati semua yang berada di sekeliling saya.




