Assalamu’alaikum min. Aku tak ada masalah rumahtangga. Just nak share dan tertanya-tanya ada tak pasangan lain yang rasa macam aku dan suami aku rasa ni. Macam kami selalu sama fikiran, mostly pasal makanan la. Contoh macam satu pagi tu aku teringin nak makan nasi kerabu, tapi tak beritahu pun pada suami aku, tau² suami aku balik kerja (shift malam balik pagi) bawa balik nasi kerabu untuk sarapan. Dia cakap “terasa nak makan nasi kerabu pula pagi ni,” nampak tak apa yang aku cuba sampaikan?
Satu lagi contoh suami aku teringin makan tomyam dia minta aku buatkan tomyam hari tu tapi yang kelakarnya aku memang dah plan nak masak tomyam hari tu bahan sume dah beli semalam lagi. Kalau nak cakap contoh memang banyak. pergi pasar malam sama² beli ikan aku nampak ikan sisa nabi dalam hati cakap sedapnya ikan tu kalau goreng garing². Tau² suami aku ambil beli ikan tu..dalam kepala aku duk fikir suami aku ni pskik ke boleh baca fikiran dan hati aku?haha
Yang buat aku nak tau sangat kat luar sana ada tak pasangan yang jadi macam aku ni pasal kes petang tadi..aku kat sinki sediakan bahan nak masak. Suami aku masuk dapur tanya “masak apa tu?ikan talang ada lagi tak?” Sekali lagi aku terasa Ya Allah alhamdulillah betul dia jodoh aku sejak azali..sebab aku memang baru je sudah potong isi ikan talang. aku tunjuk kat dia sambil cakap “ada ni baru siap potong memang nak masak goreng asam ni” Suami aku kata “wah memang memahami ye baru je nak suruh masak lauk tu”
Aku saja la cuba nak berpick up line aku cakap ” kita kan sehati sejiwa. hahahahaha. Hampeh betul suami aku terus buat² nak muntah. baru je nak bercia cia tapi dikecewakan pulak. korang tolong doakan perkahwinan kami kekal sampai syurga ye..9tahun kahwin dikurniakan 3orang cahaya mata. Terima kasih abang untuk semuanya. harap² suami aku tak baca la post ni sebab dia memang tak layan krt rasanya So geng² krt biasa tak alami apa yang aku rasa? Tq min tolong hide profile fake ni ye




