Asalamualaikum admin. Saya ada suami yang hensem. Solat 5 waktu, nafkah zahir batin semua cukup. Suami saya cukup sempurna. Sekarang saya hamil 5 minggu . Suami sangat teruja dengan kehamilanku dan suami siap2 sediakan 10k untuk keperluan anak kami lahir nanti dan bila di tempat kerja suami sering call atau wasap setiap jam untuk bertanya keaadaan aku dengan kandunganku. Bukan itu sahaja, bila aku mengidam apa2. Suami akan usaha kan walaupun aku mengidam hanya sebiji buah terap yang memang hanya di sabah. Suami sanggup bawa aku terbang ke sabah untuk mencari terap. Nasib saja buah terap ada dijual.
Baru2 ni. Aku buka fb suami. Saya terjumpa chatnya dah ex dia. Mereka putus hubungan pada tahun 2012 sebab perempuan tu kawin lain. Aku nampak mereka chat perkara biasa saja. Biasa lah time bercinta. Saya rindu memang ada kan? Bila aku try mesej betine tu. Rupanya betine tu dah block suami aku. Aku add dia pakai fbku. Dia approve. Rupanya dia dah bahagia dengan suaminya. Aku benci tengok muka bekas kekasih suami ku min. Aku rasa nak tampar2 muka dia. Aku ada pm dia. Aku bagi tau kalau aku isteri suamiku.. dia balas “ohhhh” je. Lepas tu dia block aku. Kurang ajar punya betine .
Aku tak puas hati, aku jumpa suami aku. Aku bagi tau kat dia. Kalau dia ada perempuan lain sebelum aku? Sebab sebelum ni suami pernah cakap kalau dia tak pernah ada perempuan lain selain aku. Aku marah min. Aku ambil Al quran. Aku suruh suamiku ceritakan apa yang terjadi. Suamiku cerita semua nya. Dia suka perempuan tu kenal di facebook. Suamiku nak melamar dia. Tapi tak sangka dia kawin dengan orang lain. Aku tanya suami. Adakah mereka pernah terlanjur? Suami cakap. Mereka pernah terlanjur sebanyak 3 kali. Ya Allah. Hancur luluh hati aku min. Selama ni aku jaga maruah aku. Sebab nak beri pada yang halal. Tak sangka suamiku buat begini. Lepas anak lahir. Aku mahu bercerai..




