Salam min… saya yang aritu share kisah isteri saya berzine semasa tempoh pertunangan kami.. slepas kawin 9 bulan baru tau yang si isteri pernah curang smasa bertunang dulu. Alhamdulillah Syukur kepada Allah! Berkat komen negatif dan positif oleh sahabat2 KRT ni. Saya ambik mna yang komen baik2 je..
Setelah saya fikir2 masak2 tentang hal ni. Akhirnya saya telah membuat keputusan akan menceraikan isteri slepas bersalin nanti. Sebab dia sekang tegah sarat mengandung 4 bulan lebih. Wlapun perit dan berat aku menerima kepedihan ini. Tipu la kata yang saya tak sayag isteri. Memang masi sayag kat dia. Tapi saya rasa ini adalah jln terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
Dan lg satu berkenaan anak dlam kandungan dia tu saya akan buat ujian DNA test. Skiranya anak tu adalah anak saya. Insha Allah saya akan ambik anak tu dan akan diserahkan kpd ibu bapa saya. Sbb saya tak nak budak tu ikut perangai mak dia. Memang perasaan ini dah benci marah patah hati, tawar hati kat dia. Semangat nak keja pun dah takde. Dah 6 hari saya dok umah je memikirkan benda ini. Memang pahit ditelan ujian ini buat saya. Sgala harapan untuk isteri dan anak dah lebur hilang bgitu sja smenjak kejadian ini. Akhirnya dari saya, korg yang ada pasangan tu baik pompuan atau lelaki bersikap jujur la ikhlas dan setia dengan pasangan anda. Kejujuran keikhlasan dan kesetian adalah kunci utama dlm kebahagian dlm sesuatu hubungan.
Mesej dahulu.. Salam min… saya baru je kawin. Bebrapa hari yang lalu saya dapat msj wasap dari seorg kawan karib isteri saya. Dlm wasap tu gambar isteri sedang berpelukan dengan lelaki lain dlm bilik. Ya allah hnya tuhan yang tahu betapa terkejutnya saya dan sakit mengapa isteri sggup buat benda terkutuk tu dibelakang saya. Rupanya semasa tempoh pertunangan kami dia pernah berzine dengan seorg lelaki tu. Benda ni saya dah tnya isteri. Tapi mula2 dia tak mengaku tapi slepas saya tunjukkan gambar tu sbagai bukti akhirnya dia mengaku bhawa selama kami bertunang dia pernah curang dengan saya selama sebulan dengan lelaki tu.
Dengan pengakuan dia bgitu seluruh tubuh badan saya bergetar dan menangis sedih kecewa dengan isteri sampai hati dia buat begitu kat saya. Nak pukul dia pun tak boleh sebab benda tu dah terjadi dan suda berlalu. Apa yang keluar dimulut saya masa tu hanya istighfar menyebut nama Allah. Kerana saya takut hilang sabar dan tak sanggup pkul dia. Iya la, suami mana yang tak kecewa bilamana dapat tahu isteri dia buat benda terkutuk tu. Hnya Allah yang tahu betapa sakitnya hati ini. Sgala harapan dan cita2 saya nak jdikan dia isteri yang terbaik hancur berkecai. Segala semangat saya untuk meneruskan hubungan ini hancur bgai dihimpit langit dan bumi.
Sekarang saya tekad nak ceraikan dia wlaupun sejujurnya hati saya masi sayag kat dia. Tapi saya tak sampai hati nak tinggalkan dia sbb dia skg tgah sarat mengandung anak kami 4 bulan. Lg pun dia dah minta maaf dengan saya dan dah cium kaki dan tangan saya atas kesalahan. Dia merayu agar saya tak tinggalkan dia. Dia kata dia sayag saya. Tapi saya dah patah hati dengan dia. Kasi sayag saya dengan dia dah bertukar dengan kebencian berserta perasaan marah. Kepercayaan saya terhadap dia pun dah takda. Persoalannya disni adakah perlu saya meneruskan hubungan ini ? Minta nasihat sahabat2 diluar sna… Insha Allah mana yang baik saya terima.




