Assalam. saya nak mintak pendapat warga KRT dan cik2 bawang sekalian. Saya baru mendirikan rumahtangga pada 2017 dan telah dikurniakan seorang anak. Ketika saya mengandung, saya telah dapati suami saya berhubung dengan sepupu perempuan dia dan juga merupakan bekas kekasih dia masa sekolah dlu. Sejauh mana rapat mereka saya takpasti sbb saya tak rapat sgt dgn sepupu2 suami. Dan sepupu ni pun dah berkahwin.
Pada satu hari tu suami tertinggal hp kereta dan ada panggilan video call dari sepupu suami cuma saya abaikan saja
Lepas tu saya tanya suami dan suami taknak mengaku. sehingga kami bertengkar dan suami memukul saya.. setiap chat dgn sepupu tu dia akan padam termasuklah history call/video call. saya sebagai isteri sgt terkilan dgn sikap suami. Kalau benar tiada apa2 hubungan kenapa perlu nak menipu dan padam semua tu? Sampai suami nak ceraikan saya sbb gaduh pasal sepupu tu saja. Suami kata sepupu tu mengadu pasal suami dia tak kerja. tapi perlu ka sampai nak video call bagai..
pernah sekali tu saya tgok history call suami, suami call perempuan tu hampir nak setegah jam.. kdg saya tak kuat utk hadapi semua ni. Adakah itu perkara biasa atau memang mereka ada hubungan.. Kalau benar saya rela dilepaskan utk kebahagian diorang. dalam masa yang sama saya taknak sebab saya hubungan kekeluargaan mereka tu retak.. Apa yang perlu saya buat.. Adakah ini perkara normal? Atau saya yang terlalu cemburu..




