Pengakuan dari saya insan yang berdosa, saya tahu ramai pihak yang akan mengecam saya tapi saya rasa saya perlu kongsikan kisah saya ini supaya boleh menjadi iktibar kepada wanita-wanita di luar sana. Saya pernah jatuh cinta dan berhubungan dengan suami orang. Tapi semua ini terjadi kerana saya terpedaya dengan tipu helah lelaki tersebut. Sebelum saya terlibat dengan semua ini, saya memang dah sedia maklum dia sudah berkahwin dan saya sangat membataskan hubungan kami. Saya tak pernah terlintas untuk jatuh cinta pada dia.
Namun disebabkan kenaifan saya, saya jatuh juga dalam perangkap lelaki ini. Mungkin kerana lelaki ini tahu kelemahan dan kesunyian saya. Dia tahu saya tak ada kekasih dan saya pernah terluka sebelum ini sehingga 6 tahun saya mengelakkan diri dari mendekati lelaki. Dia tahu saya tak akan mudah-mudah untuk keluar dengan dia sebab dia tahu saya tak akan keluar dengan suami orang. Jadi pada suatu malam, lelaki ini mereka cerita kononnya dia terlibat dalam kemalangan dan memerlukan bantuan saya. Kerana kenaifan dan kebod0han saya, saya ikut kemahuan dia dan pergi ikut dia pada malam itu.
Namun dia membawa saya ke tempat lain. Dia memujuk saya untuk cuba sesuatu yang telarang “d”. Kerana sesuatu itu akan membuatkan saya tak akan menolak dia. Saya takut dan tak tahu apa patut saya buat, saya mengikut saja. Akhirnya malam itu, saya tewas dengan godaan lelaki ini. Sejak dari hari itu, hidup saya kembali kelam. Tapi dia tak terus meningglkan saya, dia masih ada bersama saya pada hari-hari berikutnya. Kerana rasa terikat, saya menjadi rapat dengan dia dan akhirnya muncul satu perasaan yang tak sepatutnya wujud. Saya semakin hari semakin sayang pada dia.
Saya tahu saya tak patut ada perasaan itu tapi saya juga manusia biasa yang lemah dengan perasaan sendiri. Namun saya bukan lah perampas. Tak pernah sekalipun terlintas dalam fikiran saya untuk merosakkan rumah tangga orang. Walaupun lelaki ini selalu mengadu hal rumah tangga dia pada saya, saya tak pernah menghasut dia supaya berpisah dengan isteri dia. Kerana terlalu saying, saya turuti segala kehendak lelaki itu. Tapi hati saya ni sering mengingatkan saya bahawa apa yang saya lakukan adalah salah.
Maka saya melarikan diri supaya kami tidak meneruskan hubungan terlarang ini. Namun hati saya tak cukup kuat, lelaki ini masih bersama saya kerana dia memerlukan pekerjaan. Dia berkerja satu syarikat dengan saya semula. Setelah dia bosan dengan saya, dia menolak saya dengan alasan , dia tak sanggup nak terus melukakan hati saya. Saya terima alasan itu sebab saya tahu memang kami bersalah. Tapi itu hanyalah alasan dia untuk melepaskan saya, dia masih mencari-cari mangsa baru. Dia memang seorang yang sukakan perempuan. Dia cuba mendekati ramai kawan-kawan perempuan saya. Hidup saya merana mulai saat itu. Mungkin ini balasan untuk saya.
Lama kelamaan hubungan kami dapat dihidu oleh isterinya sehingga ahli keluarga lelaki itu datang mencari saya dan Mereka merasakan bahawa saya adalah isteri kedua. Saya sedih kerana semua itu salah, lelaki itu tak pernah berniat memperisterikan saya. Saya hanyalah tempat dia mendapatkan bantuan wang dan nafsu. Ramai kawan-kawan lelaki itu datang kepada saya menasihati saya supaya lupakan dia kerana mereka tahu siapa lelaki ini. Saya beranikan diri berhubung dengan isteri dia. Rupanya bukan saya seorang mangsa permainan lelaki ini. Saya sedih tapi saya tahu saya juga silap.
Saya rasa bersalah dengan isteri dia, isterinya seorang yang baik dan kuat. Saya memohon maaf pada isterinya dan saya menceritakan segala yang berlaku pada saya. Bukan niat untuk mengeruhkan lagi keadaan tapi untuk kami sama-sama tahu di mana silapnya. Suatu hari kawan perempuan saya mengadu bahawa dia diganggu oleh lelaki ini dan didesak untuk berjumpa. Saya dan isterinya berpakat untuk melihat perbuatan lelaki ini. Isteri dia sedih melihat perangai lelaki ini di belakangnya, mereka berpisah waktu itu. Saya rasa terkilan seolah-olah mereka berpisah adalah disebabkan saya. Lelaki ini sangat marah pada saya dan memaki saya. Saya redha, saya tak kesah dia benci saya kalau hal ini boleh membuatkan dia sedar.
Dalam masa yang sama saya cuba memujuk isterinya supaya memberi peluang kepada lelaki ini dengan harapan apa yang berlaku dapat menjadi iktibar. Sejak dari kejadian itu, kami memang tidak berhubung lansung dan saya melihat dari jauh kehidupan mereka. Alhamdulillah, mereka bersatu semula. Saya lega kerana saya betul-betul tak akan tenang kalau mereka berpisah. Berbulan-bulan saya cuba melupakan lelaki ini tapi tak Berjaya. Saya sendiri tak tahu kenapa saya sayang sangat pada dia sedangkan saya tahu saya lansung tiada dalam hati nya. Hari-hari saya bersedih mengenangkan nasib diri saya yang sering dipermainkan. Tapi saya tak pernah tunjukkan kesedihan saya pada sesiapa kerana saya tahu orang diluar sana tetap akan menyalahkan saya.
Suatu hari lelaki ini muncul kembali dan memberikan kata-kata manis. Kerana terlalu rindu, saya tewas sekali lagi. Tetapi saya sedar lelaki ini hanya memerlukan sesuatu dari saya iaitu wang. Kerana dibutakan dengan kasih sayang, saya turuti sahaja. Tapi hubungan ini tidak lama kerana saya tak pernah Nampak jalan untuk kami berdua. Saya tak sampai hati untuk merampas hak orang lain. Saya kuatkan hati untuk lepaskan dia. Saya block dia di semua media social. Dia juga setuju, mungkin dia dah dapat apa yang diperlukan daripada saya.
Setelah beberapa bulan, saya unblock dia semula namun saya tidak menghubungi dia kerana saya sudah berjanji untuk tidak menghubungi dia lagi. Lagipun saya rasa bersalah dengan isteri nya. Isterinya sangat baik dengan saya. Kami kadang-kadang ada berbual-bual melalui whatsapp. Suatu hari saya menghantar pesanan ringkas pada lelaki itu di instagram. Selang beberapa hari lelaki itu menghubungi saya. Saya gembira tetapi lelaki ini masih seperti dulu.Saya sangkakan dia dah berubah kerana sepanjang saya mendiamkan diri saya melihat dari jauh kehidupan lelaki ini. Dia sering ke surau. Saya rasa lega dan gembira kerana itulah yang saya mahukan.
Saya mahu dia jadi lelaki yang baik. Saya gembira melihat dia dan isteri semakin bahagia. Namun itu hanya lah lakonan dia di depan isterinya. Dia menghubungi saya semula sekadar ingin saya perkenalkan kawan-kawan perempuan saya kepada nya. Dia nak menjalinkan hubugan dengan orang lain. Kejam nya dia melayan saya seperti saya tiada perasaan. Saya sedih sangat tapi saya beranggapan mungkin Allah sedang memberi saya petunjuk bahawa lelaki ini tidak layak dicintai. saya setiap hari mendoakan agar Allah memberi petunjuk kepada saya kerana saya masih tidak dapat melupakan lelaki ini. Mungkin kerana saya terlalu sayang atau saya sebenarnya terlalu terluka.
Saya sedar saya tak layak untuk bercakap soal kelukaan kerana yang lebih terluka adalah isterinya. Alhamdulillah kali ini saya dapat merasakan saya benar-benar Berjaya menutup hati saya. Saya sedih namun saya rasa lapang kerana akhirnya saya dapat buka kembali mata saya bahawa lelaki itu tidak layak untuk saya. Apa yang saya nak sampaikan melalui kisah saya ini, saya harap wanita diluar sana jangan sesekali mendekati lelaki orang kerana mereka tidak akan pernah bertanggungjawab dan orang diluar sana tidak akan pernah Nampak unsur penganiaayan terhadap insan ke tiga.
Di mata orang luar sana, insan ke tiga ini hanya lah manusia yang jahat yang cuba merampas hak orang. Kepada isteri-isteri, jangan terlalu cepat menuduh insan ke tiga kerana mungkin suami anda banyak mempermainkan hati orang lain.
Untuk para lelaki pula, jangan ambil mudah soal hati wanita, mungkin anda banyak berjumpa dengan wanita murahan yang boleh diguna pakai, namun masih ada wanita-wanita baik yang kecundang akibat dari helah anda sendiri. Saya tidak berdendam kerana saya yakin yang layak menghukum itu adalah Allah swt. Saya mohon maaf kepada isterinya, saya tidak pernah berniat untuk merampas suami anda, saya tahu saya berdosa dan sangat-sangat bersalah. Saya doakan anda sentiasa kuat dan tabah dan sama-samalah kita doakan si dia berubah. Saya mohon maaf juga kepada pembaca andai ada menyinggung perasaan mana-mana pihak.




