Asalamualaikum warga krt. Makcik pakcik bawang puake semua. Semoga korang tak kecam aku sebab aku betul2 perlukan pendapat yang membina untuk aku menyelasaikan masalah ku ini. Aku satu2 nya anak lelaki ibuku. Tidak dinafikan memang aku manja dengan ibu, dan bila ibu datang rumahku 7 kali dalam sebulan, ibuku akan tidur dengan aku dan isteriku akan tidur diluar. Sebah bagi aku ibuku adalah syurga ku. Dan aku akan utamakan ibuku dalam segala hal..
Aku berkahwin sudah masuk 2 tahun namun belum dikurniakan anak, aku redha. Aku sayangkan isteriku. Namun aku lihat isteriku tidak suka akan ibuku. Bila ibuku datang kerumah, isteriku akan pulang kerumah ibunya. Dan bila mak aku minta isteriku temankan kemana mana. Isteri membuat bermacam macam alasan, bila isteriku tidak balik kampungnya pula, isteriku akan berkurung di bilik yg di khas kan untuk tetamu kerana bilik kami akan menjadi ber istirehat untuk ibuku..
Pernah sekali, ibuku mengadu kalau isteriku tidak mendengan arahan bila Ibuku minta tolong isteriku mengurut kaki ibu namun isteriku menolak dengan menyatakan kalau dia bukan bibik. Aku marah lalu tanpa sengaja aku menampar isteriku. Isteriku menangis dan aku memaksanya untuk mengurut kaki ibuku. Namun isteriku sengaja memicit kaki ibuku dengan kasar sampai ibuku meraung kesakitan Allahuakbar. Sampai aku tarik rambut isteriku dan memijak kepalanya sebab aku terlalu geram dengan perangainya yang terlalu biadap terhadap ibuku..
Masalahnya sekarang. Isteriku mahu bercerai. Dan aku tak akan ceraikan isteriku sebab dia seorang yang taat kepada aku tapi kenapa dia tak taat kepada ibuku. Untuk pengetahuan isteriku seorang doktor pakar. Tapi tak reti nak buat buat kerja rumah sebab ibuku selalu komplen rumah kami kotor, berhabuk, dan rumah berantakan. Bilik kami tak reti kemas. Sofa tak susun rapi. Ibuku juga sudah menjodohkan aku dengan seseorang tapi aku tak mungkin ceraikan isteriku sebab loan rumah kereta atas nama istrriku. Kalau kami bercerai aku nak pergi kemana? Tolong aku.




