Salam min, hide fb aku ye! Aku nak minta pendapat dan pandangan. Aku dengan suami aku dah kenal 5 tahun lepas dan dah 1 tahun kawin.. Belum ada anak sebab 2 kali kandungan aku jatuh.. Aku cuma nak tanya pendapat korang..
Kalau korang ada mak mertua yang muda lagi. Life dia nightclub, karaoke, mabuk, bertukar boyfriend.. Then tentang hubungan korang sebab dia nak satu kan anak lelaki dia dengan anak kepada adik angkat dia… Then dia tak suka korang sebab plan dia tu tak menjadi… Apa korang rasa ?
Aku ke yang salah ? Kan ni jodoh.. Tentang macam mana pun dah itu yang allah tulis itulah yang akan terjadi, betul tak ? Masa lepas aku bersanding
Mak mertua aku salam dengan akak aku dan mak aku .. Dia ada cakap macam ni
“Ada lagi yang belum selesai” Lepastu 2 bulan kami kawin, kami nak pindah rumah menyewa sendiri.. Mak mertua aku ni juga yang tentang kaw kaw.. Katanya membazir sewa rumah duduk berdua je.. Baik sewa bilik.. Padahal aku kerja.. Duit deposit rumah pun aku share dengan suami aku .. 2 bulan gaji kami 3/4 tu kami simpan untuk deposit rumah.. Apa yang dia tak puas hati pun aku taktahu.. Kan elok menyewa sendiri atleast kami berdikari tahu susah senang bila hidup berdua..
Hal rumahtangga pun rahsia takda siapa tahu.. So kat mana salahnya ? Aku ni jenis keras hati juga.. Aku pindah juga buat bodoh je angkut kain baju barang barang masuk rumah baru… Dia pun tak terkata masa tu.. Beberapa bulan lepas tu aku sakit.. Preggy 5 week jatuh.. Lepastu family aku bawa lah berubat jumpa ustaz.. Sebab keadaan aku makin lemah.. Aku tak suka bercampur dengan orang.. Aku cepat rimas.. Rumah tangga aku panas bertekak je .. 3,4 orang kami pergi berubat.. Semua cakap benda yang sama mak mertua aku dah lama hantar sihir pemisah dekat aku.. Dia memang taknak aku dengan suami aku kawin.. Dari sebelum kami kawin dia dah hantar.. Sebab tu aku makin lama makin kurus.. Kerap pitam dan pengsan .. Makan ? Kadang kadang 2 hari tak makan nasi pun aku kenyang lagi.. Tapi alhamdulillah.. Lepas berubat tu makin pulih..
Aku ingat kan sampai kat situ je. Rupanya dia tak puas hati lagi weyy. Dia whatsapp suami aku tanya pasal gaji aku.. Aku buat apa dengan gaji aku. Bukan main dia tengok dekat insta bila aku gaji aku pergi jalan. Aku tak faham lah, aku kerja.. Gaji aku share bayar rumah dengan suami aku.. Barang dapur share.. Api dan air pun share.. Dah lebih lebih tu aku nak pergi jalan ke shopping untuk aku, salah ke ?
Nasib suami aku pandai juga jawab.. Dia cakap dengan mak dia.. Mak dia takda hak nak tentukan gaji aku..
Lagi pun bukan tak hulur dekat dia .. Hulur juga! Tapi tiap kali hulur tahu tak apa dia buat ? Dia bagi dekat anak perempuan dia yang dah kawin tu bulan bulan belanja sebab menantu laki dia tu tak kerja ! Konon baru habis belajar.. Ustaz .. Tapi tak kerja tak cari nafkah duit makan anak bini.. Ustaz apa tu ? Duk umah je.. Sebab tu mak mertua aku ni tiap tiap bulan bagi anak dia tu rm300 macam tu untuk belanja. Adik ipar aku tu ada anak dah sorang. Pastu mak mertua aku selalu whatsapp suami aku aturkan duit gaji aku kongsi bayar rumah bayar itu ini.. Aku pun dah menyampah. Yelah dia bukan tahu pun kami memang share semua benda nak bayar..
Pastu bila aku cuti ke nak pergi jumpa adik aku kat asrama dia whatsapp suami aku suruh aku ni kerja tolong suami dia takut aku ni berhenti kerja agaknya.. Apa dia ingat aku nak menghabis kan duit anak dia ke ? Anak dia aku tak minta pun memang bagi tiap bulan sebab tu memang tanggungjawab dia.. Aku tak minta buat kerja rumah pun suami aku akan buat juga.. Kalau rumah bersepah ke dia tolong kemas..
Yang aku tak faham. Mak mertua aku ni je ? Dia sawan ke apa aku tkthu lah .. Mula mula memang aku buat bod0h je..
Lama lama aku panas juga asyik nak masuk campur hal rumah tangga aku padahal dia pun 4 kali dah bercerai .. Sibuk atur gaji aku .. Kerja aku sedangkan anak perempuan dia tk kerja pun tolong suami ustaz yang takda kerja tu.. Last last sebab tknk keruhkan keadaan aku ws dia aku cakap klu ada aku ni buat salah silap aku minta ampun minta maaf.. Pnjg lebar aku ws nk minta maaf je harap dia boleh buka hati dia untuk aku.. Tak burukkan aku dekat sedara mara.. Tapi dia tetap tk puas hati.. Nk juga aturkan semua benda..
So aku amik pendekatan tak pergi rumah dia sbb tknk nnti masing masing sakit hati.. Taknak suami aku tersepit. Taknak dosa pula nnti klu terpenampar muka dia..
Aku ke yang salah dalam cerita ni ? Bab lain tkda hal. Cuma aku tkfaham kenapa dia nak anti sangat dengan aku sebab tk dapat satukan suami aku dengan anak kepada adik angkat dia tu ? Bukan aku yang tulis takdir ni.. Aku harap korang boleh bg pandangan dan semangat.. Aku pun kadang kadang penat nak hadap orang yang anggap dia sempurna tapi hakikatnya munafik. Thankyou min.




