Hi admin, tolong hide profile saya. Saya ada luahan. Saya ni tutor sekolah memandu. Boleh dikatakan student perempuan yang saya ajar, daripada 10 orang hanya 2 orang sahaja yang ambil manual 8 orang lagi auto Itu saya tak kisah tapi yang buat saya kisah isteri saya nak ambil lesen tapi mahu auto. Saya pujuk dia untuk ambil manual. Yalah, manual ni murah dan jimat. Tapi, apa yang penting manual ini boleh guna kedua-dua jenis transmision.
Dan just in case, ada emergency dan cuma kereta manual yg ada.. Boleh guna sebab ada lesen. Tidak seperti auto. Tetapi bini saya berkeras mahu ambil lesen auto walaupun aku dah bagi tahu kelebihan manual semuanya. Hendak yang senang saja. Saya tunjukkan si Mia bini T0retto di Fast & Furi0us perempuan boleh bawa manual dia suruh pula aku khawin dengan Mia tu apa harus aku buat ni min supaya dia ambil belajar lesen manual?




