Saya dalam dilema antara syangkn rmhtgga dan keluarga. Kehidupan rmhtgga saya mgkin agak kekurangan disebabkan masalah kewangan. Ini adalah perkahwinan saya yang kedua. Kmk di kurniakan 2 orang cahayamata lelaki. Yang sulung berusia 4 tahun dan yang kedua, 1 tahun 3 bulan. Suami saya, seorang yang penyayang tapi dia mempunyai masalah panas baran yang kadang2 sukar untuk dikawal. Satu hari ktaorang bergaduh. Semua berpunca dari masalah kewangan. Suami saya langsung tidak memberi nafkah dan abaikan saya dan anak2. Kerana terdesak saya terpaksa berhutang dengan kawan2 untuk membeli susu dan pampers..
Dulu saya prnh bekerja tapi terpaksa berhenti kerana pada masa tu saya fikir saya nak jaga makan mnum suami dan anak2 saya sepenuhnya. Tapi saya tak pernah jangka kehidupan ktaorang makin susah slepas saya berhenti krja. Satu hari, kita orang gaduh. Punca saya sangat tertekan bila hampir setiap hari saya perlu mencari duit untuk keperluan anak2. Ibu mana yang sanggup melihat anak2nya menghisap air suam d tambah gula?aik teh?. Luka saya min. hancur bila stp kali saya bertanya tentang gaji, setiap kali itulah suami saya akan beri bermacam alasan.
Hari tu dia pukul saya tampar dan mencekik saya di hadapan anak2 saya tak mampu nak lawan sebab saya tak kuat namun saya sempat berlari keluar dari rumah. Kebetulan ketika itu pakcik saya lalu depan rumah dan saya yang dlm keadaan ketakutan terus berlari mendapatkan pakcik saya. Kemudian blaku pertengkaran antara suami dan pakcik saya. Semua yang berlaku sangat pantas. Suami saya terus balik ke rumah orang tua nya.dan keluarga saya nasihatkan saya untuk buat report polis dan jabatan agama islam. Seminggu kemudian, suami saya mulai hubungi saya balik. Dia akui dosa dan silapnya pada saya. Dia menangis menyesali semua perbuatannya pada saya. Dia bersumpah akan berubah.
Saya akui min, saya maseh sayangkan suami saya. Tak ada pasangan suami isteri yang nak hdup bercerai berai. Tapi jauh dlm sudut hati saya masih simpan perasaan trauma. Takut untuk memberikan sekali lagi peluang. Dalam pada masa yang sama, saya tidak mampu untuk memberitahu keluarga saya supaya memberikan suami sekali lagi peluang. Hari Rabu ni, kita orang akan naik mahkamah syariah. Dan sampai hari ni, suami saya tak pernah lafazkan cerai dan tak nak ceraikan saya.
Hati saya mungkin cepat maafkan silap seseorang tapi andai bena dia menyesal dan berubah mjadi lebih baik, buktikan. Saya redha apapun yang terjadi. Saya syangkan suami saya sangat2. Tapi saya tak boleh tinggalkan keluarga saya macam tu jer sebab, dah banyak diaorang korbankan untuk saya dan anak2. Sekarang saya terima apapun yang Allah takdirkan untuk saya dan anak2. Doakan saya tabah! Terima kasih. Assalamualaikum




