Assalammualaikum semua.. Aku stress dgn laki aku yg terlalu menyayangi mak dia (mak tiri yang dia anggap mcm mak sendiri). Sampai sanggup dia utamakn mak dia dari aku dan anak2 kami. Aku terasa hati bila dia balik kerja terus dia ke rumah mak dia. Hari2 dia tanya mak dia nak makan apa dan dia akan bungkuskan sedangkan aku dia tak pernah tanya pun tak peduli pun aku ng ank2 makn ke tak. Dia selalu baring sebantal dengan mak dia tu sedangkan dengan aku nak tido sekatil pun susah aku nak tahu apa hukum ibu tiri dengan ank tiri lelaki?
Dia snggup gaduh sampai nk bercerai berai bila aku sebut pasal mak dia tu, Aku dah tawar hati dah nak masuk 3 tahun aku pendam. Aku kesian kat anak2 aku kurang kasih sayang dari bapak diorang. Boleh kira waktu tidur je dia balik rumah kami selebihnya kat rumah family dia. Aku nak bercerai tapi aku tak berkerja keluarga aku orang susah kalau aku cerai dan balik rumah keluarga aku mungkin aku akan menyusahkan diorang sebelum aku dapat kerja dan pindah dari situ. Ape aku patut buat?? Sabar dan terus bersabar atau Pergi pejabat agama