hide profail aku min.. ni wssap aku bagi kat suami tadi. pendapat positif diperlukan apa yang patut aku rase. ada yang kata dalam islam bini yang menyusukn anak boleh mintak upah menyusu dari suami selagi mana dia menyusukan anak itu.. oo saya jawab nak mintak upah menyusu apa nafkah wajib suami pada seorang isteri pun sesen saya tak pernah dapat.. saya pergi keje balik keje hari2 tanggung diri sndiri. bukan diri sndiri je. anak2. Bil2 rumah (total up 5 6 ratus jugak sebulan skali barang bayar ansuran) keperluan barang2 rumah perabot ekon tv. keperluan anak2. bersalin. raya. Barang skolah tu semua saya yang bayar saya yang beli..
Selama buat semua tu saya rdha je sebab saya tau suami saya tak mampu tapi sepanjang pengorbanan saya ni sepatah pertanyaan cukup duit ke apatahhh lagi ucapan terima kasih tak pernah keluar dari mulut suami saya.. seolah apa yang saya buat ni mmg tanggungjwab saya utk sediakan. maybe suami saya dah sedap jadi biawak hidup yang mana semua bini yang sediakan mcm kwn2 dia kot..atau maybe sekarang pn dia tak sedar diri kalau dia tak mampu nak bayar semua yang saya dah bereskan tu at least jagala perasaan saya kebajikan saya..
saya isteri dia ade kat tahap mana pun tak tau pada dia.. tapak kaki kot..
Saya sakit demam dilayan macam smpah je.. demam dari pagi tertiarap terlentang sorang2 dalam bilik sepatah haram tak tanya keadaan.. tengah hari terbongkok2 saya bangun buat bubur anak pandangg pun tak.. sampai ke petang ke malam langsung buat tak tahu macam saya tak wujud pun sedangkan saya mengerang sakit sorang2 dalam bilik.. cukup time malam nak tido dia angkat letak anak kat sebelah saya untuk saya menyusu malamm nya punnnn lngsung tak tanya keadaan saya boleh ke nak menyusu anak sebab saya demam sakit. lantakklaa saya nak jadi apa janji dia boleh tido lena. sampilaa saya baik sendiri besoknya.
Tapi bila hp dia sakit dah macam kucing hilang anak dah kesana kemari pegi cari ubat. tengah2 hujan redah nak ubatkan hp. saya tak tau nak sedih ke nak gembira bila manusia bergelar suami buat saya macam ni.. saya telann je.. seminggu saya diam memendam rasa.. dendam mencengkam.. sepatah pun tak ade tanya kenapa saya macam ni macam tu. perasaan saya saya sendiri ubat.. mengenang anak2.. saya tak mampu dah nak pendam nak luah tak tau pada siapa.. nafkah batin pun ikut suka hati dia bila dia rase nak dia suka dia datangg. 2 bulan ke 3 bulan ke ikut suka dia laa bila nak datang melanggan.. yang pnting malam2 berjaga sampai 12 malam pun tak apa Layan hp borak dengan grup laki orang bini org duk menyembang sama2 dlm grup. bergurau senda menggedik tukar2 gambar.
Happy hidup diaa. bini sndiri lantaklaa duk memendam rasa pun. nak tanya jauh sekali.. mungkin jugak dia rasa dia dah ckup hebat dah ckup lengkap bt semua smpi butakan mata dengan apa yang saya buat apa yang saya korbanakan selama ni saya pn tak ade jawapan.. sebab dlm hidup kami suami isteri ni takpernah ada perbincangan pun kalau ada mslh.. saya diamla seminggu 2 mggu 1 tahun 2 tahun pn dia akan buat bod0h je macam manusia yang buta mata buta hati melayan saya mcm saya manusia yang takde perasaan.. apa yang saya rasa saya kene ubatkn sendiri..




