Assalamualaikum. Saya perlukan sokongan, kata-kata semangat dan doa semua. Saya dah setahun bercerai. Semua kerana orang ketiga. Banyak dah sakit perit saya tanggung sorang besarkan anak sendiri. Masalahnya, saya belum betul-betul boleh bangkit move on untuk apa yang jadi. Saya masih trauma. Selalu teringat apa yang bekas suami buat pd saya masa saya dalam pantang lagi. Dari sebelum bercerai, orang ketiga tu seronok sangat tunjuk berjalan sana sini dengan suami. Keluarga perempuan tu pun sama, tak menyalahkan anak mereka. Malah terima saja apa yang anak mereka buat.
Sampai sekarang saya tertekan. Sampainya hati diorang bina bahagia atas penderitaan saya dan anak. Saya terlalu sayangkan suami sebab lebih 10 tahun bersama dari zaman belajar dari hidup susah makan cuma berkongsi 1 pinggan untuk jimat duit belanja. saya tolong family dia bg duit belanja bulan-bulan sampai sekarang dia dah hidup senang, terus dia buat keputusan nak lepaskan saya sebab nak bertanggungjawab pada perempuan yang dia dah tidur sama tu.
Hancur luluh hati saya. Sampai anak yang dari lahir saya yang urus sorang, sekarang dah pandai cakap tunjuk gambar bekas suami dan tanya “ni siapa?”.. Sukarnya saya nak redha semua ni… Saya kuatkan hati jugak untuk urus semua sendiri. Tapi hati ni… Allahu.. Selalu terfikir yang saya bersusah payah bina semula hidup bersama anak urus semuanya sendiri tapi bekas suami seronok dengan hidup dia di bandar ibu negara dengan perempuan tu.
Dia cuma beri alasan tak dapat tengok anak sebab tak cukup duit. Kenapa dia dan perempuan tu takde rasa bersalah pun atas apa mereka buat pada kami?
Dalam masa yang sama saya cukup tertekan dengan pandangan orang pada status ibu tunggal pada saya. Sebabkan saya bercerai pada usia muda, ada yang pandang hina pada saya.




