Salam krt , hai.. Ni aku nak cerita pasal husband aku . husband aku ni sebenarnya orang kampung and tak perlulah aku bagitau kg mana ye , aku pula dibesarkan dibandar , memang jauh beza lah dgn husband aku , tapi aku memang kawin dengan husband aku atas dasar cinta , even dia tu orang kampung , tak kisah lah janji aku cinta dia .
Aku berjumpa, bercinta dan berkhawin dengan dia sebab kita kerja atas bangunan yang sama but lain bahagian , walaupun husband saya ni orang kampung , dia berpelajaran , that’s y lah kenapa dia boleh berkerja salah satu syarikat yang hebat berada dibandar pesat kl nie. sebabnya dia seorang yang handsome dan berkaliber .
Tapi aku tak suka dengan style keluarga dia yang terlampau kekampungan sangat masa kami kawin kat hotel , boleh pula mak dia dan adik2 perempuan dia datang dengan berbaju kurung old fashion malu ? kan cantik sikit kalau pakai yang new fashion ada renda2 atau ala2 baju neelofa , lepas tu terserlah sangat gaya dorang yang tak pernah masuk hotel mewah , macam rusa masuk kampung .
Dulu pernah aku ikut husband balik kampung , kat sana husband lansung tak pedulikan aku , asyik gurau senda dgn mak dan adik2 dia , aku tak sukalah , aku rasa cemburu , lepas tu mak mertua aku sibuk2 ajar aku masak asam pedas sebab husband aku memang suka , aku malas lah banyak sangat bahan2 dia , aku keliru. Lagipun aku tak makan tu semua , Nanti aku gemuk jadi tak cantik , aku cuma makan yang ringan2 je , nasi pun jarang makan.
Yang paling aku tak suka bila husband beli barang yang mahal2 untuk mak dan adik2 dia. bukan dorang erti pakai pun , dorang kan old fashion. Baru2 nie dia belikan mak dia gelang harga 3k menyirap aku lepas tu ada lah aku sindir kat wasap kalau nafkah untuk isteri paling utama tapi tak ada pula dorang terasa dasar kampuangan. Husband aku ni asal nampak gelandangan mesti dia bagi duit , aku tengok gelendangan tu elok je ,badan masih kuat, boleh je cari kerja , bila aku tegur husband , mesti dia kata kongsi rezeki , hmmh ..entah apa2 lah .
Lepas tu husband aku cakap hari2 nak anak , aku belum ready lah , aku belum puas berduaan dengan dia , aku nak hidup berdua lama sikit , lepas tu baru nak ada anak. Lagi pun kalau aku beranak. Risau badan aku rosak. Jadi gemok dan hodoh macam mak dia. husband aku ni memang suka kanak2, anak2 jiran dtg rumah pun , dia belikan makanan dan mainan , aku rasa sangat membazir , sebab itu bukan anak kami .
Apa yang harus aku buat ye dengan husband aku yang terlalu baik hati nie , kadang2 aku rasa menyampah sangat bila dia buat baik dengan orang lain terutamanya membazir duit utk orang lain. Sebab nak cari duit bukan senang . korang pun tau kan , tiada barang percuma , sekarang semua benda dah mahal , camana aku nak buat husband aku faham ye ??




