Terima kasih admin tolong siarkan.
Saya tengah sakit hati ni. Sedih, kecewa marah semua ada…
Macam ni min. Semalam saya ada bergaduh sikit dengan suami saya. Saya teringin sangat nak makan ikan bakar so saya mesej la suami saya boleh tak tolong bawakkan saya pergi satu kedai ikan bakar ni saya teringin sangat2 saya yang belanja tak payah susah2 pakai duit dia lepas tu dia kata boleh jer tak ada masalah. Okaylah so saya pun tunggulah dia balik kerja… Bila dia sampai je rumah, dengan masuk rumah tak bagi salam. Terus nak membebel2 kat saya. Muka masam mencuka. Aikkk..
Tadi dalam mesej bukan main lagi kata boleh tunaikan permintaan saya tapi dah sampai rumah kenapa nak marah2 pulak…
Kalau bizi nauuu dengan kerja dia, cakaplah terus terang.. Tak perlulah balik rumah membebel macam ni. Saya ingatkan dia okay. Rupa2nya diam terpaksa. Saya nak keluar makan pun dah takda mood. Kalau saya makan jugak, silap2 tercekik kat tekak. Sedih betullah. Saya tak minta pun duit dia… Saya cuma minta tolong bawakkan jer. Kalau tak boleh tak apa, cakap terus terang. Kalau terpaksa baik tak payah.
Kalau saya reti bawak kenderaan sendiri, tak payah nak minta pertolongan dia. Baik saya pergi sendiri makan sorang2. Semalaman saya tak nak makan. Saya langsung tak ada selera nak makan apa2. Hanya minum air jer. Dia pujuk pun saya tak nak, tawar hati dah rasa… Hari ni saya tak nak masak, tak nak basuh kain… Semua saya tak nak buat… Biar dia balik kerja kelaparan.. Ingat saya ni apa? Tak ada perasaan ker..




