Assalam admin..mohon hide fb aku yer. Disini aku nak luahkan cerita pasal aku gan husband aku. Kami dah berkahwin dekat 2 tahun tapi masalahnya husband aku ni tak nak ada zuriat dengan aku. Katannya masih awal sedangkan zuriat tu kan pengikat kasih sayang suami isteri. Dulu aku bekerja tapi lepas kawin dengan husband aku, aku jadi surirumah sepenuh masa. Katanya dia tak nak aku bekerja. Korang bayangkan lah kalau kita dah terbiasa bekerja dan ada duit sendiri mesti rasa terbeban asyik nak berbelanja kena mintak duit dengan husband. Kami tinggal sebumbung dengan keluarga mertua aku walaupun pada mulanya aku tak selesa.
Kadang aku stress, yerla faham-faham lah bila tinggal dengan keluarga mertua ni, pergerakan aku terbatas. Kadang nak bermanja dengan husband sendiri pun jadi segan. Nak dijadikan cerita husband aku ni dah pernah kantoi 3 kali berchatting dengan betine lain siap bersayang-sayang bagai dan chatting mereka berunsur luc*h. Dia siap mengaku duda gara-gara nak menggatal berchatting dengan betine tu. Aku kecewa dengan husband aku siap mintak cerai lagi tapi disebabkan sayangkan dengan perkahwinan kami aku maafkan husband aku dan beri lagi peluang untuknya. Cuma lepas kejadian tu hubungan suami isteri kami makin hambar dan husband aku ni jenis yang suka beron*ni dan menonton video por*o walaupun dah berkahwin dan ada isteri yang sah.
Aku pernah suarakan untuk berpindah rumah menyewa sendiri tinggal jauh dari keluarga mak mertua. Tapi husband aku tak setuju katanya senang nak tengok mak ayah dia kalau diorang sakit. Aku tak pernah nak membantah kata-kata husband aku, cuma kadang teringin nak uruskan rumah tangga sendiri biarlah rumah tu rumah sewa asalkan boleh hidup berdikari suami isteri. Husband aku ni jenis sangat berkira dengan family dia apatah lagi aku isterinya sendiri. Asal tahu aku ada duit sikit mesti semua barang dapur pakai duit aku.Husband aku tak pernah nak ambil tahu tentang perasaan aku, aktiviti aku tiap hari, bagi dia lepas balik kerja, tak der kerja lain. Baring-baring sambil main game sambil tunggu nak tidur.
Tak pernah nak kisahkan pasal aku. Kadang aku terfikir apa motif dia kawin dengan aku kalau setakat kawin tapi tak nak ada zuriat sendiri sebab dia buang luar nak buat family planning mesti kena persetujuan dua belah pihak. Aku sunyi kadang-kadang menangis sendiri mengenangkan nasib aku, dah lah jauh dari family sendiri untuk mengadu. Siapa tak teringin nak ada zuriat sendiri. Stress bila balik kampung makcik-makcik bawang duk tanya dah ada isi ke belum sedangkan husband sendiri yang tak nak ada zuriat. Kadang terfikir nak lari jauh-jauh dari husband aku. Biar dia tahu sakitnya rasa kehilangan. Orang tua-tua cakap bila dah hilang orang yang tersayang baru dia rasa menyesal. Tq admin siarkan.




