Assalamualaikum warga krt yang dirahmati allah swt. Brkahwin dengan seorg penagih bukanlah 1 perkara yang diingini setiap wanita. Saya bukanlah seorg isteri yang lemah lembut saya garang tapi juga penyayang. Tentang suami, dia seorang pnjawat awam beruniform. Ambil sayabu ni hari2 macam wajib bagi dia. Tapi disebabkan pekerjaannya dia tak bercampur dengan orang, dia ambil benda tu sorang2 saja kat umah sebab dia takut kena tgkap. Keja slalu pegi lambat displin langsung tak ada. Asyik terperuk dalam bilik dia. Jadi saya dn anak2 trabai dengan kasih sayang dan perhatian dari ketua kluarga kami.
Apa yang baik darinya adalah tggungjawab bab rumah alhamdulillah ok barabg dapur, sakit pening kami anak beranak dia akan dahulukn. Tapi disebabkn kurang kasih sayag dan perhatian, saya selalu memberontak pada dia selalu membenci dia. Sampai 1 masa kesabaran saya hilang saya beritahu perkara sebenar pada mil. Mil saya seorang yang baik optimis dan lemah lembut. Mil pujuk saya mintak saya berdoa sebagai istri yang redha minta pada allah supaya suami lupakn benda tu. Mil juga ada nasihat pada suami tapi sebab jauh mil tak dapat pantau. Dia mestilah tipu mak dia untuk tak nak bagi mak dia risau.
Suami tak marahkan saya bila mil dapat tau, dia tau kesabaran saya memuncak. Dia hanya berdiam diri. Dengan dorongan mil saya ikut nasihat mil, setiap sujud saya sebut nama suami serta berdoa supaya dia lupakn benda tu. Setiap kali basuh beras masak nasi saya bzikir dan berdoa sebut nma suami. Waktu gosok baju dia dan segala apa yang saya buat untuk suami akan saya zikir dan berdoa. Mil kt kampung juga doakn benda yang sama, smbahyang hajat selalu untuk anaknya. Sampai 1 masa saya rasa putus asa dan tetap benci dengan khidupan tak bermakna ni, ada suami tapj tak rasa ada. Selalu hanya saya dan anak2 dia pula dengan dunia dia.
Saya buat kputusan untuk berpisah saya lari. merayu2 suami pada saya supaya taktggalkn dia, saya tak peduli sikit pun. Dia call mil menangis2 menyesal minta maaf, depan saya dan bersaksi dengar oleh mil.. dia terpaksa lafazkn taklik pada saya sebab saya memang tak nak patah balik pada dia. Jadi saya stuju, kami beritahu taklik tu dipejabat agama dimana jika dia mngambil dadah lagi maka jatuh talak pada saya. Saya redha. Bagi saya saya akan bebas dari dia jika ambil dadah lagi. Bgaikan derita atas bahu hilang. Hati dia betul2 kuat sangat kuat untuk berubah. Yelah bukan senang nak stop terus, tapi memang mula pada hari tu dia tak ambil langsung sebab takut cerai.
Gaji dia diserahkn bulat2 pada saya. Hari saya dan anak2 berubah rasa ceria bahagia. Setiap kali dia balik kerja kami akan kluar brjalan bersiar2 setiap hari, dan untuk lupakan dia dari benda tu kami banyakkn aktiviti bersama. Allah indahnya saya rasa saya dah dapat suami saya.. Brsyukur pada allah sangat2. Bila balik kampung mil pun perasan perubahan dia, dulu kalau balik umah mil suami tidur sepanjang msa dia hanya akan bangun untuk makan. Sekarang suami layan semua orang happy, mil dan adik beradik ipar memang terkejut dengan perubahan suami. Kat tempat kerja pun dah berubah msuk keje awal bos dah tak bising2 kat dia tak dengar dah masalah disiplin. Langit tak selalu cerah..
Allah sentiasa akan menduga hambanya. Selepas beberapa bulan, 1 hari kawan dia 1 tmpat kerja datang untuk tumpang ambil benda tu ya allah saya didapur dengan hati berdegup macan nak pecah memikirkan apa tindakan dia. Tak lama kawan dia duduk terus balek saya tanyakn apa jadi, dia bagi tau benda betul yang dia dah berhenti ambil benda tu dia berjanji tak kan kecewakn saya dan mil lagi, dia beritahu saya dia rasa bahagia sekarang. Subhanallah alhamdulillah suamiku lulus ujian mu ya allah.. Sekarang setiap perkara dia akan buat bersama saya. Keluar tak pernah berseorgan pasti bersama2. Juga nak kemana2 sekarang pun dia dah tak takut, dulu selalu takutkan roadblock dan sebagainya. Memang azamnya untuk berubah jadi ketua kluarga yang baik sgt kuat. K
Kehidupan saya berubah saya dapat suami saya yang sebenar dan saya percaya allah dengar doa saya dan doa seorg ibu untuk anaknya. Sudah hampir setahun suami berubah hanya puji dan syukur buatmu ya allah. Doakan kami sekeluarga trus dirahmati allah dan dijauhi perkara2 yang tdak elok. Saya mwndoakn warga krt juga begitu. Bagi istri yang senasib dengan saya kenalilah suami kamu dahulu. Jangan terus jadikan kisah saya sbgai rujukan kamu sedangkan saya sndiri hampir lari dari khidupan begini. Fkirlah sebaik2 mngkin apa yang trbaik untuk dri sndri dn anak2 kita. Jangan kita juga terus hanyut dlm khayalan mereka. Maafkan saya jika ada yang kurang sng dengan penulisan saya. Yang baik hanya dr allah dan yang buruk dtgnya dr saya sndri.