Hide ya min. Saya telah be rumah tangga selama 8tahun dan diwarnai berbagai2 kisah suka duka. Sepanjang 5tahun saya bersama membantu isteri berniaga online. dan kami mampu untuk mengambil perkerja. Alhamdulillah. Saya Ingin menaikkan sale isteri dengan cara mengujudkan team untuk nya. Dan mereka merupakan anak watan tempat saya dan mengenali kluarga mereka.
Setiap penghantaran barang dia ditemani oleh team saya dan saya alhamdulillah Ada masa pergi ke masjid untuk berjemaah dr subuh ke isayaak.
Sewaktu magrib dan isyak wife saya telah membuat penghantaran ke pemborong dan agent nya dahulu bertiga kini dia minta hanya sorang saja kerana alasannya kos belanja menaik. Rupanya ia telah jatuh hati denga orang yang saya kenalkan dalam bidang yang isteri saya buat. Untuk pngetahuan min pemuda itu muda dalam 8 tahun dari isteri saya.
Sampai Satu tarikh saya dapat kesan hubungan mereka dan menasihati isteri saya. Isteri saya kata itu tiada apa apa. saya merasa kan hubungan ini tetap Ada namun dinafikan.
Saya juga Ada menasihatkan pemuda itu yang kononnya saya tak tahu. dan saya meminta menghantar semua barang namun isteri saya tidak mahu malah Cuba meninggalkan rumah dan sering tidak balik. Dan kebencian dia pada saya makin terselah lebih lagi bila pemuda itu ada depan saya. Awal tahun baru isteri saya minta dilepaskan atas Ingin fokus untuk capai impian jadi jutawan. dan dia janji jika Ada jodoh setelah jd jutawan kami nikah semula, tapi saya tahu bukan itu niatnya.
Sekarang telah terbukti jelas isteri saya rupanya telah merancang untuk mencapaikan impian mereka untuk hidup bersama. Dan mnjalankan perniagaan bersama. Hancur hati saya kerana isteri saya menjalinkan hubungan dengan pemuda yg saya bawa untuk memajukan diri tapi kebaikan niat saya telah dicemari dengan kecurangan. Saya sukar untuk melupakan perbuatan mereka pada saya, kerana semasa dia isteri saya mereka telah bercinta. sedangkan saya berdoa untuk kebahgiaan rumah tangga saya dimasjid. Saya tak kesalkan jika selepas berpisah tapi semasa dia isteri saya mereka buat perancangan.
Saya malu dengan kluarga dan perkara begini tidak pernah berlaku Di kampung saya. Berbagai cerita yang saya dengar tapi saya tidak boleh berbuat apa2 kerana dia bukan isteri saya sekarang. Cuma saya kesal kepercayaan apa yang saya lakukan untuk memajukan perniagaan yang saya beri tidak dihargai. Kini mereka mungkin bahagia. Saya faham kerana dia anak muda dan dia merasa bangga.
Saya Cuba redha kan tapi sukar. Kerana saya amat menyayangi isteri saya kerana dahulu saya lah tulang belakang dia.
Saya sukar untuk terima kenyataan ini min. Saya takut rindu saya telah bertukar menjadi dendam. Apa yg patut saya lakukan sedangkan saya sering solat taubat. Sunat dan tahjud untuk mengikhlaskan semua nya tapi amat sukar. Saya tak tahu nak luahkan pada siapa dan apa yg patut saya buat. Sedangkan saya punyai anak dengan dia. dan dalm hati saya, saya terlalu sayag kan dia dan anak dan selama saya jadi suami dia saya Ada perniagaan saya sendiri. Terima kasih min jika Ada pandangan dan teguran. Cuma saya Nak cakap disini ‘jangan bawa kawan2 sampai ke rumah jika kita punyai isteri yang comei sedikit.




