ASSALAMUALAIKUM. Cukup aku kenalkan diri sebagai Dian. Harap min rahsiakan diri aku daripada umum. Aku berumur 35 tahun, dan begitu juga suami.
Sebenarnya banyak kali juga aku fikir sama ada nak kongsikan masalah ni atau tak. Dah hampir sebulan aku berendam air mata kerana terluka dan kecewa dengan sikap suami aku kali ini. Ya Allah, kali ini dugaan untuk aku hadap terlalu berat. 15 tahun tempoh perkahwinan kami akhirnya kami diuji dengan kehadiran orang ketiga di dalam rumah tangga. Aku cuba kembali kuat demi 5 orang anak, walaupun sebenarnya hati aku begitu hancur dan remuk.
Aku dengan suami tak ada apa-apa masalah. Bagi aku, kami bahagia je macam pasangan lain. Kami boleh duduk sama-sama bercerita seperti kawan. Boleh bergelak ketawa sama-sama. Sangkaan kami bahagia sebenarnya meleset. Hubungan yang bahagia selama ini rupanya hanya bayangan manis sahaja. Rupanya dalam diam, suami aku ada hubungan dengan rakan sekerja yang baru berpindah tempat kerja tahun lepas. Hubungan mereka baru berputik sejam sebulan dua ini selepas si gadis (32 tahun) berusaha sekian lama.
Betullah naluri seorang isteri tak pernah salah. Awal-awal lagi aku dah syak si gadis seakan-akan pelik. Asyik2 nak curi perhatian suami. Berkali aku pesan kepada suami, jaga2 dengan si gadis tu sebab dah nampak ciri2 dia mahu mendekati suami aku. Tapi, suami sangkalkan kata dia hanya menganggap adik. Bayangkan ada apa-apa hal dalam ramai2 yang ada di pejabat dia akan Whatsapp suami aku walaupun hal kecil. Dari bercakap kau aku sekarang dah bertukar B dan Baby.
Seperti yang aku katakan, aku dari awal tak sedap hati. Ada satu hari aku keluar dari bilik diam2. Masa tu suami aku tgh sibuk berwasap dengan si dia tu la. Aku nak rampas telefon dia tak benarkan pun. Aku cuba rebut tapi dia mengelak. Sampai dia cakap kat aku. “Nanti abang cerita semuanya kat sayang.” Malam tu bermulalah episod duka buat aku. Suami mengaku pada aku akan hubungan dia dengan si penyondol tu. Dan mereka berdua dah siap merancang nak kahwin. Padahal suami baru lagi ada hubungan dengan dia. Dalam sebulan kedua bulan gitu. Cuba bayangkan hubungan yang baru tu dah buat suami aku gila tahap gila kat penyondol tu. Bila aku bagi peluang untuk dia pilih… Dia mahu kedua-duanya sekali. Bila aku gertak mahu bercerai, dia cakap itu pilihan aku. DIa tak inginkan berpisah, tapi bila aku mahu berpisah dia tak dapat nak halang aku. Betapa sakitnya hati aku bila dia tega cakap macam tu.
Sikap suami berubah tiba-tiba. Dia minta dan paksa untuk aku terima si dia. Mana mungkin aku boleh terima dia sedangkan kebajikan aku pun tak terjaga sebab aku tahu tahap kemampuannya. Bab nafkah bulanan, aku tak kisah berapa dia beri walaupun hanya RM50 sebulan sebab keperluan lain dia sediakan setiap bulan. Aku mengalah tanpa meminta-minta lebih, sebab aku tak mahu membebankan dia. Aku redha walaupun hanya itu nilai nafkah belanja untuk aku. Malah dengan nilai RM50 itu aku kembangkan jadi modal untuk aku meniaga nasi lemak atau apa2 menu dalam kawasan perumahan kami. Tapi, pengorbanan aku tetap dia tak nampak. Alhamdulillah.. Aku ada Allah nampak setiap apa yang aku lakukan.
Aku dipaksa untuk terima kekasihnya untuk menjadi isteri kedua. DIa minta aku redha walaupun dia tahu betapa sakitnya hati aku. Aku bukan wanita yang kuat dan aku tak sanggup nak tempuhi semua ni. Sekarang aku lalui semua ni dengan semangat daripada mil yang selalu berikan sokongan kepada aku. Dia tak mahu aku pergi dan cuba bantu aku pulihkan semangat. Bertuah aku dapat mil yang sebaik itu.
Sekarang hubungan mereka sudah berlanjutan ke awal bulan dua. Suami aku makin pelik. Sikap dia ada yang tak kena. Tengok muka aku je ada sahaja yang nak dimarahkan. Anak-anak yang selama ini dia sayang pun dah nampak makin jauh daripada dia. Bila aku tegur…dia cakap sama je dia dulu dan sekarang. Tak ada yang mengubah apa-apa pun. Walaupun perasaan sayang dia pada aku. Argh! Bukan mudah untuk aku percaya kata sayang tu lagi. Tak apa, aku bertahan demi hak anak-anak.
Makin hari satu per satu jadi dalam hubungan kami. Dia tetap melayan aku baik seperti sebelum ini. Tapi, perasaan sayang aku kepada dia bertukar benci. Aku terlalu benci sampai nak pandang muka dia pun tak mampu. Aku beritahu pada mil aku tak boleh nak teruskan lagi sebab betapa tingginya kebencian aku pada suami. Dalam diam aku ke pejabat agama untuk buat tuntutan cerai. Apa nak jadi lepas ni jadilah. Tapi, sesampai sahaja di sana ustazah tu tenung redup wajah aku tak berkelip sampai saat dia buka mulut, dia pesan Awak balik berubat ya pergi ke pusat rawatan perbutan islam Masa tu aku terpaku.
Seperti yang disarankan ustazah, aku pergi ke pusat rawatan. Sebelum aku ke sana aku tiba2 terbaca perkongsian daripada ustaz akan tanda2 sihir pemisah. Bila aku baca 1 per 1… Aku beristigfar panjang. Adakah aku & suami benar2 terkena sihir pemisah? Allahuakbar. Skrg ni aku masih usaha berubat. doakan aku kwn2.




