Assalammualaikum warga krt..Admin tlg hidekan fb saya..saya hanya nak minta pndapat dan kata semngat untuk saya.. Saya seorang isteri dan ibu kepada 1 orang anak yang masi kecil. ceritanya macam ni, saya telah lari dari rumah suami, selepas tahu suami saya berhubung lagi dengan 1 pmpuan ni.. Saya cuba untuk berbincang, saya da tanya perempuan tu, tanpa maki hamun saya tanya baik2..Tapi perempuan tu, Ya Allah, berlagaknya. Yala. Bekerjaya berduit. Sedangkan saya ni surirumah saja datang dari keluarga yang susah.
Untuk pengetahuan warga krt, saya dah pernah bgitahu perempuan ni saya ni wife kpda lelaki yang selalu dia berhubung. Ingatkan mereka da berhenti sebab perempuan tu da tukar nombor.. Rupanya mereka masih berhubung lagi. Saya dah malas nak bergaduh soal ni sebenarnya, saya hanya cakap dengan perempuan tu saja, dengan suami saya masih jalankan tanggungjawab saya seolah tiada apa2 yang berlaku. Tapi tak sangka perempuan tu beritahu suami saya, yang saya ada chat dia, dan bagitahu semuanya.
Ingatkan suami saya akan mengaku dan minta maaf. tapi lain pula jadinya, saya dipukul seteruknyaa di depan anak saya, dan dia ludah muka saya seolah2nya semua ni salah saya. kata maaf dan penjelasan yang saya mahu tidak keluar pun dari mulut Nya. Tak sangka dia sanggup pukul saya di sebabkan perempuan tu. Saya buat keputusan untuk keluar dari rumah. Selepas saya dapat keluar dari rumah suami saya tak berhenti kol dan chat saya. merayu menangis dan pujuk saya untuk minta saya kembali. Tapi hati saya da tawar sangat
Saya tak boleh lupa apa yg dia buat dengan saya. kesan lebam dan luka saya boleh sembuh tapi hati saya tidak. Saya taknak kembali lagi ke jalan penderitaan saya..Cukuplah saya bersama dgn dia dari jatuh bangun dia dan ini balasan yg saya terima..Saya plih untuk hidup sendiri dengan anak saya. Saya pun chat semula perempuan tu Bagi tahu di sebabkan dia suami saya sanggup pukul dan buat saya dan anak macam ni tapi apa yg saya dapat balasan dri perempuan tu,dia kata, Siapa suruh saya kacau life dia. ya Allah..
Boleh dia kata saya kacau life dia..sdgkan saya da bagitahu sebelum ni yg suami saya da kahwin, dan saya wife dia.. Anak pun da ada. Tapi dia masih lagi layan suami saya.. Sekarang siapa yang kacau life siapA? untuk perempuan tu,Ko boleh lah berlagak di dunia. Aku hanya ingin dengar kata maaf dari Ko, tapi tiada pun kata maaf dari ko..Ko memang cantik,ada kerjaya tapI sayang Tiada Adab ,sombong dan berlagak. Kalau jodoh ko pun dgn suami aku, Aku harap ko rasa apa yg aku rasa…Allah tu adil..




