Assalamualaikum admin maaf ganggu 🤗
Saya cuma nak minta pendapat pada follower krt , saya dah kahwin dengan mamat ni 5 tahun tak bekerja . saya bersalin anak pertama , sendiri keluar duit , barang kelengkapan anak . siap kerja laaa nak sara diri punya pasal .. Yang dia mcm mayat hidup tak bekerja , macam macam alasan bagi
sampai anak dh keluar dah besar dh pun.. pun saya yang masih sara pampers susu dia semua
sekarang saya tengah pregnant anak kedua nampak gayanya masih keadaan yang sama pergi kerja buat kerja berat dapat gaji tanggung hutang dia bayar komitment rumah , beli kelengkapan anak anak .. susu pampers . nak pulak sekarang nak dpt bby bru pun saya jugak yg tanggung diri pegi checkup . hutang sndiri . sendiri tanggung . hutang laki kita tanggung . duit belanja rumah kita sendiri tanggung. puas suruh dia kerja . tapi dia cuma cakap .. baru rasa susah mcm ni sikit dah nak giveup, makan tahun ..
sampai bila nak sabar? sampai dah tak ada hati lagi dah nak hadap muka dia .
yang asyik nak bagi harapan harapan harapan semata mata tapi apa apa tindakan tak ada. macam mana dimasa akan datang? lagi 5taun ? mampu ke untuk bersabar ? sampai saya jadi aggresif dah sekarang asyik nak melenting . stress campur penat punya pasal . fikir bemda yang sama hari hari sampai bila aku nk hidup dalam keadaan mcm ni ?
duit simpanan aku semua aku bagi dia pinjam sebab dia nak bayar hutang orang . janji nak byar nak bayar .. aku rasa dia pun takkan bayar . Even dapat sikit sikit pun takpa. ini satu sen pun aku tak merasa lagi.. nafkah duit belanja jgn laa kau cakap.. aku keluar rumah pegi kerja . duit aku sendiri aku hulur dekat dia untuk minyak kete dia . mana dgn aku sndiri nk makan . kadang aku tahan perut lapa sedangkan aku tengah pregannt..
cuba bgtau aku . apa yg aku perlu buat ?
Aku hidup ada laki tapi aku tak rasa title suami tu ada pada dia . Aku dh mcm hidup dengn mayat hidup dekat dlm rumah. Kau rasa dia akan berubah ke ? Aku hadap bertahun tahun . aku tak rasa dia akan berubah. Aku hidup untuk anak anak aku tapi aku tak nmpk yg dia hidup untuk anak bini dia. Dia tak nmpk effort aku untuk survive.




