slm min … hide profile aku min aku ni suami orang dah 4 anak tapi kelebihan aku mungkin handsome dan sado kot buat ramai perempuan gile aku ambik kesempatan tu untuk kepuasan. main main je tapi aku sayang family aku. dalam semua yang datang min, ada sorang perempuan ni baik sangat, faham kehidupan berkeluarga aku, selalu bagi bantuan pada aku even susu anak pun kadang dia yang tolong, tanpa isteri aku tahu. dan hubungan aku dan dia cecah bertahun tanpa isteri aku tahu. berbeza dengan perempuan lain yang selalu kantoikan aku pada isteri aku.
perempuan ni aku tahu dia ikhlas dan aku berniat nak jadikan dia isteri kedua aku cuma kewangan aku tak kukuh. dia tak pernah mendesak aku. kadang2 min aku bila masalah datang terutamanya kewangan aku selalu lepaskan kemarahan aku pada dia maki hamun semualah tapi dia tetap diam dan cuba bantu aku. yang aku tahu dah banyak pinjaman yang atas nama dia untuk bantu aku. tapi kadang2 bila marah aku selalu cakap nak tinggalkan dia.
aku sayang tapi aku buntu. kami pernah begaduh teruk sebab kantoi dengan perempuan lain, dia penyabar dan dia pernah tinggalkan aku. tapi aku yang cari dia balik min. sebab dia baik selalu nasihat aku bila aku begaduh dengan isteri aku dia bagi semangat . sekarang aku cuba nak tinggalkan dia, wajarkah aku tinggalkan macam tu je setelah mcm2 yg dia bantu aku? aku dah block semua berkenaan dia. aku tahu dia sedih. tanggung hutang sebab aku. tapi aku buntu min. tolong aku.




