Bismillahirohmanirohim..
Assalamualaikum semua ibu dan terima kasih admin jika siarkan cerita saya…
Harini anak sulung aku umur 2 tahun demam panas ,budak bila tak sihat meragam tak tentu. Anak kedua aku turut demam, umurnya 3 bulan.. aku surirumahtangga tapi ada buat kerja sambilan online bisnes kecil kecilan jual kuih.. suami aku? Kerja sendiri.. harini dalam sejarah hidup aku teramat menyasal dengan tindakan bod0h aku.. yea, aku terlalu penat uruskan semua hal rumahtangga sendiri. dari hujung rambut hingga hujung kaki, semuanya sendiri..
Suami?? Tak pernah dia peduli walaupun aku pernah dibincang bersama.. aku pukul anak sulung hingga lembik, aku tak peduli anak aku menagis meraung..aku macam dirasuk set*n! Ya allah ampunkan aku ya allah… wahai anakku, ampunkan ibu mu yg kejam ini! Aku jadi begini sebab aku terlalu banyak pendam, simpan, sabar, dan tak mampu untuk berkata2 dengan suami.. aku terlalu penat.. bila bercakap dengan suami minta tolong uruskan dan ringankan tulang untuk bantu aku buat kerja rumah walaupun hanya cuci pinggan sendiri selepas makan mahupun kemas tempat tidur, buang sampah pun hanya sia sia.. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..
suami aku tinggalkan aku dan anak semata hanya ingin berseronok bersama kawan ke thai konvoi beramai ramai untuk event di songkran pesta air disana.. tapi setiap kali aku ajak keluar bersama dengan anak anak dia hanya mampu kata dia sibuk dan tiada masa..tapi masa untuk dia dan kawan kawan sentiasa ada..sebagai isteri aku hanya mampu diam walaupun aku sudah tegur, ajak berbincang..akhirnya aku juga yg disalahkan.. rutin harian aku duduk rumah bersama anak dan uruskan segala hal berkenaan rumahtangga tanpa bantuan sesiapa.. family mertua jauh, family sendiri pun jauh.. aku tiada kawan..aku hanya dirumah bersama anak anak.
kerana anak demam dari semalam aku ternampak anak telan kertas Aku terus pergi jolok tekak anak untuk keluarkan kertas tu guna berus gigi anak sebab anak dah ada gigi semua takut anak gigit jari jadi aku guna berus gigi dia..dengan keadaan aku yang tak terurus dua hari ni jaga anak demam panas, layan kerenah meragam anak, aku tak tidur, makan minum aku tak tentu, mandi pun waktu subuh je dapat, Aku lepaskan amarah pada anak.. aku lempang, aku tolak, aku cubit, heret anak sampai lembik anak aku buat… ya allah aku tak sedar apa yg merasuk diri ni.. Aku menagis semahu mahunya dalam bilik air sambil pegang pisau sebab aku buat anak yg aku kandung aku lahirkan seperti binatang..
ampunkan ibu nak!! Ampunkan ibu!! Sumpah aku tak tau kenapa aku boleh buat anak aku macam itu sedangkan selama ini aku tak pernah naik tangan dgn anak.. syukur alhamdulillah, aku bawak anak anak pergi klinik dan doktor sahkan anak aku tak ada yg serius. Aku peluk aku cium aku sujud dekat anak minta ampun dari anak.. kepada suami, terima kasih wahai suami.. jika allah tak detik kan hati aku untuk berhenti tadi mungkin nyawa anak atau diri sendiri yg lenyap.. kepada anak anakku, ibu janji tak akan buat perangai setan macam itu lagi..itulah kali pertama dan kali terakhir..ibu cuma ada anak anak demi kebahgiaan ibu.. ibu dan ayah dah jauh.. ibu akan kuat demi anak anak.. anak anak ibu la nyawa cinta hidup mati ibu..ampunkan ibu nak




