Assalamualaikum min ko hide la profile aku ni malas aku nk famouse. Aku ada beberapa sebab untuk tampil soalan kat sini, aku nak pandangan dari makcik2 bawang .Tak tertanggung dah aku rasa apa yang aku hadap ni min. Laki aku boleh kata hari2 buang hingus pada tuala mandi, bukan saja pada tuala mandi dia. Tu lantak dia la tuala dia. Masalahnya dah berjangkit ke tuala aku min. Kadang aku mandi nak lap je, terus melekat hingus. Nak aku maki rasanya berbuih da mulut aku ni bebel benda yg sama. Lelaki makin berumur memang jadi mcm ni ke?Tolong la bg pendapat masalah ni.
Makin lama aku tengok berus gigi aku ni da makin mengembang min walaupun baru 3 hari aku pakai berus yg baru Aku syak ada yang menggunakannya sebab tak ada orang lain dalam rumah ni. Kau orang berkongsi ke berus gigi suami isteri? Time bercinta boleh la kau orang nak cakap semua pun boleh kongsi. Masalahnya tekak aku kembang dengan benda2 macamni. Beli yg lain dua2 pun aku beli yg baru, siap bagitau yang dia colour apa, dirembatnya jugak yg kita ni. Heh, tak tau dah nak buat macamana lg min.
Kain baju seluar dalam almari yang bersih… elok bau sabun, bau almari dicampurnya dengan seluar baju yg dia dah pakai. Tak kira la seluar baju dari mana pun. Dari tempat kerja ka, seluar balik dari main bola ka, seluar baru lepas istirahat pakai harian ka. Digumpalnya, diletaknya bersama2 yang bersih tu min. Kalo sebulan dua perangai macamni aku tabah lagi nak kutip asingkan, biarpn aku bebel bagai nak rak. Tapi aku nengok ni dah dekat dua tahun ni duk jadi macamni min.
Adakah faktor umur jadi macamni? Aku mengadu ni nak mintak pendapat nak buat macamana lg. Dulu aku bebel boleh la dia dengar dan tak buat untuk seketika.Tapi dia pakai dua minggu ja bebelan dan ugutan aku tu (aku ugut nak bakar baju seluar dia kalo dia buat lagi) lepastu jadi smula. Nak aku maki nanti dikatanya aku tak hormat suami. Penat aku min nak bebel benda yg sama. Matti tergigit lidah jugak aku ni gayanya.




