Journey saya sebelun dengan selepas kahwin ni. Mula2 saya kenal suami saya waktu dia tempat event, biasa la.. Saya ni ok ja kalau nak berkawan biasa, lagipun bila tengok muka suami saya masa tu memang dah tahu ada girlfriend dengan ramai perempuan simpanan.. Jadi saya layan ja macam biasa, ajak dia makan sebab kasian tengok duduk seorang jaga booth seorang diri. Dari sana juga kami berkawan, sampai masa tu dia meluah dia sayang dengan cinta dan berjanji akan berubah perangai, siap dia lukis lagi. Dalam hati saya.. Ok la boleh terima.. Mungkin akan berubah masa depan dengan perangai dia tu sekali..
Bila bercouple tu wah memang indah tapi dalam masa juga dia ada bercouple dengan perempuan lain, ok dalam hati nekad putus je la, betul2 saya minta putus dengan saya nekad tidak mau call, WhatsApp, line dgn fb semua tu.. Selama sebulan tak berhubung, hidup tenang tanpa dia.. Tapi dia tak tenang pulak hidup tanpa saya.. Entah cam mana boleh terangkat call dia masa tu, dia cakap nak datang melawat.. Saya pun cakap ok la datang la melawat sebab kebetulan kawan di rumah… Siap bawa makanan tu, bagi kt ok la kan orang nak bawa makanan, berkali2 dtg melawat, tiap kali tu juga dia bawa makanan, hati tak heran tapi berputik balik nak dia, apa dia nak saya tunaikan masa tu..
Lepas tu.. Tetiba dia cakap nak kahwin, saya pun jawab dgn bagus; jaga la yang kau pilih tu dengan bagus, sebab kahwin ni bukan yang macam bercouple, putus sambung balik. Dia pun kata ya, saya janji tu. Lepas tu dia cakap pulak betul saya nak kahwen ni, boleh dapat tak no hpn mak dengan bapa sebab saya nak cakap sesuatu dengan durang, saya pun bagi tanpa bertanya lebih2, seolah2 apa g dia cakap saya ya kan saja. Bunyi macam saya ni dah jadi b0d0h sebab dia kan. ok2 kt sambung balik.. Dia call parent saya cakap nak kahwin la dengan saya, tapi parent saya diam2 sebab durang pun sampai di sini bulan 2 tahun lepas2 yg sangat2 lepas2. Hehehe.
Tak nak mention bila tahun tu.. Jap parent sampai dia cakap la baru la cakap nak kahwin dan saya, saya pun kejut dengar perkataan kahwin tu sebab benda tu tak boleh main2 dalam perkahwinan. Dia pulak berjanji dengan org tua termasuk depan saya pulak bercakap akan jaga saya dengan berjanji menjalankan tugas sebagai suami. Fine fine.. Part register semua dah buat. Sebulan lepas tu register preggy.. Tapi sebulan sebelum tu wah. macam2 benda yang tengok, lembaga hitam, rumah jadi panas, selalu bergaduh, rumah pun boleh nampak benda hitam2. Adooii haiii… Hati dengan mata tak tenang.. Stress. masa kerja pun orang tak berapa nak tengok, tak macam waktu bujang..
Ok balik psal preggy lagi.. Wahh sebulan je preggy sah ectopic (luar rah*m), bila doctor check tkt ada pcos ke apa ke.. Tp tak de apa2 masalah.. Semua doctor heran kenapa dengan macam mana boleh jadi macam ni, last sekali kena buang ectopic.. Paling best sekali wow.. Boleh pulak berungkit saya kaki kikis duit masa di hospital dengan masa kan hantar ke kampung untuk berpantang.. Sakit tahan hati, sakit juga tahan bekas bedah tu. Air mata memang tak boleh nak cakap memang jatuh depan orang tua saya… Lps sembuh tu, wahh continue lagi cm biasa bergaduh semua, sampai dia pernah bawa perempuan balik ke rumah waktu tu saya tengah buat kerja outstation, di pulak berjoli bawa perempuan balik rumah.
Bila balik keadaan rmh mmg bertaburan, pinggang mangkuk pun tak kemas, cuci pun tak. Saya yang penat balik outstation, buat je la semua tu sebab mata tak nak tengok tapi hati bersabar sabar. Bayangkan je la.. Tidur sebelah dia nampk mukanya berubah2 macam hantu dengan gelap. Bukan muka diri dia yang sebenar, kebanyakan dia lebih luah masa di luar rumah dengan dalam bilik bersendirian waktu kami mula kahwin. Ok, kira dlm masa setahun cm tu.. Wahh dpt good new lagi.. Preggy balik happy balik.. Tapi macam kes pertama… Hati sakit tapi diri pujuk diri sendiri supaya tenang kan diri untuk hadap ujian ni ( berfikiran positif). macam biasa la.. Sumai berungkit semua dia yang bayar.. Padahal.. Dari ectopic pertama dengan Kedua… Nak berungkit cakap semua dia bayar, tapi pandai juga cakap tak nak menyusahkan keluarga belah saya..
Tapi nak menyusahkan bini sendiri lps tu tak bertanggungjawab, nak main lepas tangan.. Selama kahwin tu tak pernah aman. Yang teramat perasan suami nampak saya macam hantu.. Memang tak nak berdekatan dengan saya.. Kejadian paling mengejutkan.. Period sampai berbulan2 sampai diri naik fedap betul, mengalahkan orang yang lepas beranak Yang buat heran bila time peri0d bila pakai pad kadang2 pandai tak keluar peri0d bila tak pakai pulak pandai peri0d tak puas hati bawa la pergi hospital Sekali pergi tu memang tak period tak keluar, bila check biasa doctor akan tgu keputusan dalam beberapa hari, lepas tu doctor bagi tahu tak de apa2 masalah, tapi masih lagi peri0d..
Dah sampai tahap sabar hilang.. Ok saya ambil keputusan guna cara tradisi, konon nak minta tolong urus rahim.. Memang tak bagi tahu pun laki pergi mana2, sebab tau dia tak ambil berat punya. Ni minta mak cik tolong urut perut tapi tak jadi urut, sebab apa.. Mak cik tu ckp dik, kenapa adik berubat muka adik nmpk hitam, kusut, serabut, make up pun tetap(smbg)nampak tak seri,adik? Yokkk. Apa semua ni dlm fikiran kena santau.. Sampai pulak hati orang yg buat ni… Rupa2nya, yang menyantau tu ada scandal suami… Sepanjang saya berkahwin tu memang durang dua dah bersama dengan suami pulak dah berjanji dengan perempuan tu akan cerai bini dan kahwin dia. Aduhhh, gara2 janji manis, bini jadi mangsa keadaan.
Jadi saya buat keputusan utk selamatkan diri tetapi seri tu sekejap je… Mata laki buka sekejap ja… Lepas tu jauhkan diri, ya.. Kena lagi santau.. Memang celake juga perempuan tu, sampai satu tahap tu saya pergi balik kampung berubat, kali memang saya berubat kali terakhir, demi selamatkan diri. Paling buat tekejut.. Boleh2 pulak perempuan tu letak benda tak betul dalam saya (h*ntu) bagi saya mti pelahan2, sepanjang kmi kahwin tu sepanjang tu la hantu tu dlm bdn saya dan dihantar tiap malam jumaat, kira sepanjang seminggu tu mmg dihantar, sampaikan mata boleh nampak dgn jelas jenis2 h*ntu yg di hantar ke rmh.
Bukan tak nk percaya sbb dah terkena diri sendiri baru la percaya… Bygkan la, laki sendiri yang hina dan aib bini dgn alasan bini tak pandai buat s£x dengan tak bagi anak, kalau semua tannggungjawab tu bini yabg pikul, macam mana tu.. Tak letih ke bini.. Bini umpama robot yang tak pandai rosak, Jadi saya ambil keputusan selamatkan diri dan minta dilepaskan. Akan tetapi suami tak nak lepas, alasan tak ja orang buat kerja rumah dengan tak orang yang bagi belanja dapur, laki tak lepas sebab bini ada harta. Dari mula memang dah kena, laki letak benda di makanan supaya saya tunduk dengan segala permintaan dia, dalam masa sama juga dia berfoya dengan perempuan lain utk melepaskan nafsu dia yg mangsa bini dengan semua kesilapan tu..
Sakit hati memang ada. Tapi sabar dah hilang sangat2.. Skrg ni dgr khabar perempuan tu dah meningg*l sebab org berdendam dgn menggunakan cara halus utk membunuh dia… Ini pun sy dpt tau dari tmpt yg berubat, mgkn perbuatan org sekeliling dia yg dengki dgn benci tgk perempuan tu, mgkn hutang tak byr ke apa pun tak pasti.. Yg pasti ada yg berdendam dgn dia.. Kt ingat balik, perempuan ni hntr benda jahat pada laki saya dgn saya; tetapi saya tak da niat ingin membalas pun, akan tetapi keluarga dia membalas dendam terhadap saya, sbb tgk saya pergi berubat demi selamat diri saya, saya sgup lepas laki utk dia.. Takkan tak oleh fikir belah sana. Keadaan tu terjadi smpi skrg.. Minta maaf la klu ada sesetengah bahasa tu tungang langgang sikit.. Sy cuma kongsi sikit cerita yg berkaitan dgn saya.. Klu nak full. Mmg makan masa nak taip dgn byk bhsa tunggang langgang.




