Aku ni dah kahwin 4 taun dengan laki aku. Sepanjang aku kahwin dengan dia tak pernah lagi dia mengamuk ke apa. Laki aku ni bukan jenis baran. Laki aku ni tak ada masalah apalah. Gaduh2 tu pernah, tapi taklah sampai memukul atau maki. Dia lebih risaukan aku kalau aku diam tu maknanya aku maroh lekas dia duk mujuk.. tapi masalahnya yang aku nak bagitau dia ni. Dia penakut sangat. Kau bayangkan, nak pergi tandas tengah malam pun ajak aku sekali, 4 taun kahwin macam tulah selalu.. bukan tunggu kat depan pintu tau. Masuk sekali. Kau rasa.
Memula aku kahwin aku peliklah. Bila satu hari tu kantoi yang mak/pak mertua sedara mara belah dia nampak aku dengan laki aku bertolak tolak masuk ke tandas. Bunyi bisinglah langgar pintu apa semua sebab laki aku tarik aku masuk tandas.. depa kat ruang tamu, kejutlah bunyi bising.. depa ingat kami ni gaduh.. rupanya pecah rahsia yang mak mertua aku cakap dia ni memang penakut nak mampuih.. dulu masa bujang dia rela tahan kencing tengah malam tunggu hari cerah baru ke tandas.. ni ada bini. Bini jadi mangsa dia kejut malam² ajak teman ke tandas… Apa nak buat laki lagu ni..
Kalau ada binatang apa masuk dalam rumah dia yang panjat atas meja dulu aku pulak jadi hero dia nak kena buang walaupun ulat bulu masuk rumah. Banyaklah kes penakut dia. Belum cerita pasal dia tengok movie seram lagi.. lepas tengok cerita hantu ke, jangan haraplah aku nak tidur dalam keadaan gelap tutup lampu. Dari malam sampai ke pagi bilik kami bukak lampu. Kau dapat bayangkan tak? Padahal aku sebelah dia je. Hmmm.. soal kerja. Dia kerja berat2.. kerja pulak depan mata aku . Kemana pergi semua dengan aku. Tu sampai ke tandas nak buang pun ajak aku sekali. Bilakah laki aku nak ubah ni.




