Salam min. Aku nak cerita sikit pasal adik ipar aku ini buat tatapan makcik makcik bawang sedunia ni. kami adik beradik ramai perempuan, lelaki hanya sorang je yang bongsu ( kesayangan mak aku) adik aku kawin muda baru masuk 20an dah kawin. masa tu gf ( sekarang wife ) tinggal di negeri lain, berkenalan dengan adik aku dari mana ntah. satu hari dia datang rumah aku sebab rumah makcik dia pun dekat rumah kitaorang. esok tu tumpang tido rumah aku, mak aku ok la sebab tido dengan anak anak perempuan, lepas sehari dua hari, tak balik balik.
Mak aku bagitau adik aku suruh hantar balik, boleh dia buat muka b0d0h , untuk pengetahuan semua. dia ni jenis yang pendiam. aku tak pasti pendiam pemalu atau pendiam ubi berisi. mak aku siap cakap tak elok macam ni, dia anak d@ra. adik aku ni budak baik. tak pernah lawan cakap mak aku, apatah lagi berkasar dengan mak aku. adik aku pun hantar la dia balik naik bas. yang paling gilenya esok tu boleh dia tercegat sampai depan rumah aku balik. dia ambik bas datang balik rumah aku sebab tak nak berpisah dengan adik aku katanya.
Mak aku bagitau la tak elok anak d@ra duduk rumah orang, mak aku tak nak tanggung d0sa bersubahat apa apa terjadi. kalau nak kawin pun adik aku ni kerja pun takde lagi, makan pakai pun mak dan kakak kakak yang tanggung. tapi dia buat muka b0d0h. macam blur.. orangnya boleh tahan lawa, tapi sayang b0d0h. mak aku kesian sebab dia anak yatim. abang abang ramai tapi tak pasti la jenis macam mana sampai boleh jadi macam tu. adik aku boleh dikatagori handsome la jugak, tapi jenis makan tanggung berak cangkung. mak aku pun tak jamin nak bela anak orang.
Dipendekkan cerita mak aku pun bagitau la makcik dia pasal mereka berdua. makcik dia cakap kawin kan aje sebab budak tu memang jenis tak dengar cakap, dia bukan melawan. dia sejenis budak keras kepala. mak aku terus terang, adik aku ni tak kerja. takde apa apa. tapi dia sanggup juga kawin dengan adik aku, maka kawin la diorang. tu pun mak aku sangat baik, kesian kat dia takut orang kampung kata macam tak berharga , mak aku bagi juga hantaran duit 3 ribu dengan cincin emas. makan makan sikit belah perampuan. takde pelamin gah, cuma pelamin biasa je.
Bermula lah episode dia duduk sekali dengan kita orang, untuk pengetahuan semua, kami adik beradik perampuan ni memang terima dia dengan hati yang terbuka. First time dapat adik ipar perempuan. ingat boleh la rapat macam kami, tapi dia jenis yang tak suka bergaul, kalau kakak ipar ajak keluar dia akan bagi alasan tak nak. dia cukup beruntung sebab kakak2 ipar dia walaupun berduit tapi masih lagi buat baik dengan dia. tak pernah nak merendahkan dia, selalu beli hadiah, selalu bagi duit, kalau pergi bercuti mesti bawak dia laki bini. full support. semua ni sebab sayangkan adik bongsu .
Dari sorang anak mak aku nak kena bela dah jadi dua orang ( termasuk isteri dia) nasib baik mak aku ni orang berduit, jadi adik aku pun naik lemak la, kerja duduk rumah, makan pakai mak aku tanggung. Ok mak aku memang tak berkira pasal tu sebab adik aku anak kesayangan. tapi si adik ipar ni dah la duduk rumah orang, tak kerja ( awal awal janji nak kerja sebab nak sangat kat adik aku yang tak bekerja ni, sanggup dia janji nak kerja) tapi bukan setakat tak kerja. nak keluar beli nasi pun minta duit dengan mak aku. yang tu ok, duduk rumah satu kerja tak pernah buat. mak aku ni kalau di kira ibu mertua paling sporting dalam dunia.
kalau adik beradik lain macam tak puas hati dia cakap ‘”alah dia budak lagi, nanti dia pandai la” “anak anak mak pun ramai perempuan, mak taknak orang buat jahat kat anak mak, sebab tu mak layan anak orang baik2. lagipun dia anak yatim. kesian.. ” sampai macam tu sekali. memang rumah kitaorang ada orang gaji tapi takkan sampai seluar dalam yang period kau pun bibik nak kutip dalam bilik air. Pernah satu hari kita sekeluarga pergi bercuti sekali dengan bibik. kat rumah hanya tinggal adik aku dan wife dia.
4 hari kami pergi balik balik rumah terkejut kitaorang tengok dalam sink siap ada ulat 4 hari dia makan dia tak cuci pinggan sampah tak buang. mak aku naik angin, mak aku membebel m@ki hamun adik aku. tapi diorang wat b0d0h je duduk dalam bilik diam diam suami isteri. satu kelebihan adik ipar aku dia tak penah buat muka atau melawan cakap mak aku sebab tu mak aku cepat sejuk sebab dia tahu mak aku jenis mulat je garang hati baik. sehari je lepas kena maki hamun. dia boleh datang tegur mak aku macam takde apa yang berlaku.
Lepas beberapa bulan mereka kawin mak aku nasihatkan la supaya rancang dulu jangan mengandung lagi sebab adik aku masih tak kerja. mak aku siap beli kan pil perancang supaya tak mengandung. nak tunggu adik aku cari kerja , supaya ada tanggungjawab dulu baru la boleh nak beranak. tapi boleh dia punya keras kepala dia tak makan pun pil tu dah akhirnya pregnant. dia walaupun pendiam tapi dalam diam diam nak juga tunjuk keras kepala. mak aku niat baik tak nak bagi diaorang rasa terbeban lagi sebab masing2 masih muda. dia ingat mak aku nak sekat lubang dia nak beranak. tapi kalau mak aku sekat pun tak salah sebab lubang dia pun mak aku yang tolong jaga..
Pendekkan cerita lagi, dapatla baby.. kami adik beradik semua happy sebab dapat anak buah baru. semua adik adik sama sama belikan barang2 baby. yang paling banyak mak aku lah, sampaikan susu dan pampers pun mak aku provide kat ank diorang. kiranya mak aku jaga 3 orang dah sekarang.. sayang punya pasal.. ok lah min.. aku stop dulu cerita. Banyak lagi cerita tak masuk akal pasal adik ipar ku sayang ni. orang boring pulak nak baca. kalau dapat ramai permintaan dari makcik bawang aku sambung lagi. sebab tu aku letak tajuk kat atas tu. bye…




