Admin tolong share and hide profile,
Macam gini lah cite dia, Korang dalam ni. Ade tak ipar duai ? Menantu ?
Or adik beradik ? Yang buat MAK korang macam ORANG GAJI. yang lebih parah,
Bila masak kemas rumah semua mak mertua buat, Sampai kan basuh baju laki yang buat , sidai laki, angkat laki. Lipat tak tahu lah. Senang cerita lupe dah nak guna mesin basuh, Boleh dikira bape kali sangat membasuh baju.
Memang lah dalam kursus kawen ustaz cakap lelaki punya kerja, Tugas isteri membantu. Tapi kalau semua laki n mak mertua yang buat. Awak buat ape wahai MEM besar? Orang BERKERJA kan,
Balik dah penat, Tapi aku tengok orang lain kerja jugak, Lagi ade yang kerja kilang , lagi penat dari kerja ofis ,
Balik rumah boleh je uruskan laki, makan pakai anak, ni tak, balik makan, terus dalam bilik, kalau cuti tu kalau tak balik rumah mak dia, dok rumah tengok tv je gelak2 selamba taknak tolong kemas2 rumah, kalau dia masak goreng2 kudap tu, jangan harap nak kemas. Dah makan, pinggan goreng pisang ke ape ke tinggal je.
Kadang time cuti mak masak, periuk belanga masak tadi pon tak nak tolong cuci. Cuci pinggan sendiri, pinggan laki dia pon tak basuh kan. Kadang minum air dalam bilik, bawak kuar tinggal je dalam sinki, mak yang basuh, yelah mak kan tak kerja, kat rumah “goyang kaki” je. Kalau dalam sinki tu ade pinggan sikit pon tak nak tolong, Pernah mak aku uji dia , sengaja letak pinggan kotor sikit, nak tengok basuh tak. Hareee dia nak tolonggg. Sedang kan kak ipar aku yang dok jauh kalau balik yang tolong kemas, time anak dia tidur tolong masak, bukan muda umur dah 40. Aku yang budak2 ni bile balik rumah pon segan tengok rumah org datang, dia yang kat uma bertahun pon buat tak tahu je.
Bile family dia datang ramai2 eh pinggan cawan makan reramai tu dia biar je lepastu mak dan kakak aku yang basuh Kalau diaorg yang tak buat tak begerak la benda tu biar je atas meja. Macam mane aku nak tayang muke baik aku kat dia? Macam mane nak bercakap dengan dia sedangkan ape yang dia buat kat mak aku tu menyakitkan hati aku. Orang kalau tak pandai masak tapi dia nak belajar , boleh je, Tapi kalau dah PEMALAS tu, bahan depan mata pon buat tak tahu.
Lagi sakit hati kalau dia pegi belanja barang dapo, mang tak la dia kemas, sanggup abang aku jerit2 panggil aku semata2 nak masuk kan sayo dalam peti n barang2 lain. Tapi bini dia depan mataaaaa. Lepas aku kuar bilik dia terus masok bilik. YA Allahh. Ade aku suruh dia masak hari tu, lepas tu dia cakap balik kat aku, boleh la masak ayam tu, semalam akak dah beli. Lepas tu dia berambus tengok tv. Kau rase? Kau ingat aku tengah mintak izin kau ke hanat? Tolong bagi pendapat please, nak dengar nasihat pembawang hebat malaysia.
Bagi idea yang bernas untuk sedarkan orang macam ni please.




