Saya cuma nak berkongsi rasa dan cerita sahaja dengan semua warga KRT. Kisah hidup saya.Bukan kisah rekaan. Tiga puluhan tahun yang lalu, saya dan suami telah mengambil anak angkat perempuan, dan kami namakan Ana ( bukan nama sebenar). Kami sangat sayangkan Ana. Dialah nyawa kami, dialah penyeri hidup kami.Semua keperluan Ana memang kami berikan secukupnya, rasanya tak ada satupun yang terkurang. Saya dan suami sama-sama bekerja sebagai guru.
Kehidupan kami sangat bahagia. Saya memang tak ada rezeki untuk mengandung atas factor kesihatan. Kehadiran Ana cukup membahagiakan. Walaupun kami mengambil Ana sebagai anak angkat yang sah, tetapi kami tak pernah memutuskan hubungan Ana dengan keluarga kandungnya. Ana adalah anak ke 8 dari 10 adik beradik.
Keadaan itu berubah apabila bapa kandung Ana dipindahkan kerja ke kawasan pendalaman Sabah. Bapa kandungnya bekerja sebagai polis. Sejak dari itu, kami cuma dapat menghubungi keluarga kandungnya melalui telepon. Tak tak lama selepas itu, nombor telepon mereka tak dapat dihubungi. So memang lost contact. Dipendekkan cerita, suami saya telah meningg*l ketika Ana masih menuntut di university. Payah betul rasanya untuk berdiri seorang diri. Dugaaan demi dugaan datang melanda. Tamat saja belajar di university, Ana menyuarakan pendapatnya untuk mencari balik keluarga kandungnya di Sabah. Saya tak ada halangan, malah menyokong dan menolong Ana mencari keluarga nya. Lama juga kami mencari, akhirnya keluarga kandungnya dijumpai. Rupa-rupanya mereka telah berpindah ke kawasan lain dan bapa kandungnya telah lama meningg*l.
Ana memberitahu bahawa dia teringin nak tinggal bersama mak kandungnya.Saya tak menghalang, dengan harapan dia akan menjenguk saya juga. Dengan harapan dia masih menganggap saya maknya. Tapi makin lama makin berubah sikap Ana. Dia dah mula menutup telefon kalau saya nak bercakap dengan nya. Saya sakit pun dia tak jenguk. Keadaan bertambah teruk sehingga dia memberitahu bahawa dia memilih untuk menjaga mak kandung nya berbanding saya yang menjaganya sejak kecil. Ana cuma mengucapkan terima kasih sahaja kepada saya, kerana menjaga dan memberikan kehidupan yang sempurna kepadanya.
Untuk pengetahuan Ana, mak tak marah bila Ana tak nak jaga mak. Mak juga tak berdendam,cuma mak doakan Ana bahagia dunia dan akhirat. Satu ja, kalau Ana ada masa, jenguklah mak sayang, mak sangat merindui mu nak. Dah puas mak call Ana , tapi tak pernah Ana angkat telepon. Dah banyak message yang mak hantar, tapi satu pun tak dibalas. Akhir kata, terima kasih KRT ,kerana dah kurang sedikit beban di hati saya bila saya meluahkan perasaan.




