Assalammualaikum, saya guna fake akaun. Tapi hide jugak la ya. Saya nak luahkan perasaan. Saya dah kawen 11 tahun. Pernah hampir bercerai masa pregnant 8 bulan tapi sebab mengandung, tak boleh jugak. Nak lari, saya tak boleh travel jauh2 sebab sarat dan kesihatan saya dan baby tak mengizinkan. Saya jumpa gambar suami berpeluk pinggang dengan perempuan sksi. Banyak gambar dia melukakan hati saya. Dia ada fb bujang dan dia block saya. Saya bukak activity di fb dia, ya Allah… rasa tak percaya suami saya segatal itu. Dia komen dan bermesej dgn perempuan . Memuji2 wanita. Luluh hati saya Allah saja yang tahu. Mula2 hampir setiap hari saya menangis. Bab duit memang berkepuk. Tapi dia kaya sorang2.
Beli kereta dan moto baru. Rambut set dekat salon, baju baru hampir setiap hari. Saya jimat2 duit sebab fikir nak bersalin. Pakaian anak pun dia culas nak beli. Sampai lusuh dan senteng2. Suami bersumpah dengan nama Allah dan tak ngaku bersalah. Saya berdoa pada Allah, jika bisnes dia tu mendekatkan dia pada maksiat, saya mohon bisnes dia tutup. Dan bukakan ruang untuk bisnes yang lebih baik. Ditakdirkan Allah lepas saya bersalin bisnes suami lingkup rumah kereta moto semua jual masa tu saya teringat akan doa saya kejamkah saya?
Walaupun keadaan ekonomi suami sgt teruk, saya dan anak2 tetap setia. Saya terus-terusan berdoa supaya semangat dia pulih. Kami dikejar pemungut hutang. Fb semua kena tutup. Gambar anak tak boleh diletak online sebab ramai yang carik suami saya. Hutang suami keliling pinggang. Anak2 nak main basikal kat laman rumah pun kami takut.
Masa bisnes lingkup, perempuan2 tu semua hilang. Kawan huhahuha tak nampak batang hidung dah. Yang berhutang dgn kami pun buat dono je. Suatu petang, saya masuk bilik, cakap one to one dengan dia. Dia tak nak makan. Tido dan tak terurus. Mandi pun dia malas. Saya duduk sebelah dia dan kata, sekalipun abg tersungkur sehingga tertiarap, saya dan anak2 tetap ada dgn abg. Suami menangis di riba saya tanpa sebutir kata. Saya tak tahu apa yang dia fikirkan. Suami insaf. Mula solat. Banyak berzikir. Mula caring pada saya dan anak2. Beli pakaian kami berkala. Rezeki kami semakin pulih. Lepas 5 tahun berlalu, bisnes suami makin maju. Alhamdulillah..
Baru2 ini, suami jarang balik. Kerap out station. Kalau tak out station pun mesti busy sgt sampai tido di pejabat katanya. Memandangkan saya dah biasa uruskan rumah tangga dan anak2 sorang2, saya takde masa fikirkan yang bukan2. Memang saya perasan dia sgt berjaga2 dgn hp. Angkat call pergi luar. Duduk merokok sambil belek2 hp senyum2. Suatu hari dia terkantoi menipu saya. Allah takdirkan saya dpt lihat bukti depan mata. Dlm hp dia byk gambar perempuan yang sama. Dari video tu, nampak diorg ni in love sangat. Biasanya org bercinta kan suka amik gambar even gambar awek tgh makan ke apa ke sampai pompuan tu konon macam rimas la gambar dan video dia asyik kena amik. Semua tu ada dlm hp suami saya.
Saya bersemuka dgn suami. Cuba bertenang. Suami tak mengaku malah berani bersumpah. Dia kata dia tak tahu mcm mana gambar dan video perempuan tu ada dlm hp dia. Kamon…. takkan org lain pinjam hp dia utk snap2 manja perempuan lain kot. Saya dan anak2 pun tak boleh pegang hp dia. Lepas bertekak, suami terus keluar rumah. Saya langsung tak dpt call dia dah. Dalam kepala saya dah fikir yang bukan2. Susah saya nak fikir yang baik2 bila bukti depan mata berderet2. Saya takut juga saya terfitnah suami sendiri sebab dia memang tak mengaku sampai ke sudah. Saya nak tanya dengan mak cik bawang semua, logik ke org amik hp dia snap gambar dan video perempuan lain. Logik ke kalau ada org lain send gambar dan video yang nampak personal tu pada suami saya. What for? Dlm video tu mmg tak nampak suami saya. Tapi dari pinggan mangkuk depan diorg sah masa tu mereka berdua.
Suami dok kata dia takde pun dlm video tu. persoalannya, mcm mana gambar dan video tu ada dlm hp dia? Bukan drpd whatsapp ya. Saya dah check. Video tu mcm org tgh bercinta… awek makan, pakwe snap. Gitu… Tak nampak pun mcm tgh meeting ke apa ke. Pompuan tu manja2 kata lepas dia makan nanti dia nak snap pulak gambar lelaki tu (mungkin suami saya). Melihat semua tu, setitis air mata saya pun tak jatuh hari ini, tapi hati saya sgt sebak…. saya tahan. Saya cuba kuat. Gambar saya sebagai isterinya yang sah boleh kata takde pun dlm hp dia. Gambar pompuan tu berderet. Siap video bagai. Mak cik bawang rasa semua ni cuma perasaan saya atau memang suami saya sedang curang?




