Assalamualaikum Min. Tolong hide profile saya. Thank you. Saya berumur 29 tahun sudah berkahwin kali kedua dan dikurniakan 1 anak berumur 1 tahu Alhamdulillah kami bahagia, usia perkahwinan 3.5 tahun. Anak saya sama ex umur 8 tahun, ikut kami. Malah suami saya telah jadi bapak angkat dan ex saya lepaskan hak sepenuhnya pada suami. Ex saya tak bertanggung jawab atas urusan membesarkan anak. Alhamdulillah, tetap kami bahagia, suami baik dan terima saya dan anak seadanya, tak pernah berkira.
Saya jadi ibu tunggal pada umur 23 tahun waktu tu anak saya baru merangkak saya jadi mangsa curang dan dera saya lari rumah dan tinggal dipusat perlindungan wanita bersama anak. Dalam masa yang sama, ex bunda dan bapak, banyak membantu dan “buang” anak mereka. Ex saya pon bernikah dengan perempuan yang dia bawa balik dan tidur atas katil kami dahulu. Sekarang ada 2 anak.
Fast forward, sebelum saya bernikah kali kedua, ex tak pernah ambil kira tentang anak atau bawa pegi jalan2. Masa saya baru nikah, dia mula nak bawak anak sleepover la, jalan2 la. Saya benarkan, tak nak putuskan silaturahim dan kerana mengenangkan jasa ex bunda dan bapak (mereka da baik2 dgn ex) Saya sayang mereka. Sekarang dah jadi jarang, ex saya, da lepaskan hak sepenuhnya pada suami. Tapi ada occasion, dia akan ambik. Setiap kali kalau ambik, ex bunda mesti ceramah kat saya. Mak tiri anak saya ni kepo, semua dia nak tahu dan korek dalam kain rumah tangga saya dari anak saya. Saya geram, dia suka tanya macam2 pada anak saya.
Semalam, dia ambik anak kelua sama ex bunda dan bapak dan semua la. Anak saya jenis petah bercakap dan suka bercerita. Dia anak yang baik dan sering bantu saya di rumah. He is just a happy and innocent child. Walaupon saya dan suami, dah nasihatkan jangan cerita perihal dalam rumah, bila mereka tanya, dia tercerita. Budak2 mana yang dia tau nak berahsia. Keadaan rumah, semua dicanangnya pada sebelah sana. Kami sangat bahagia tapi tak sempurna, mereka cari apa2 saja yang boleh dibuat bahan untuk menjatuhkan kami. Tahun ini, darjah 2. Saya melatih anak saya untuk pergi sekolah sendiri. Kene naik public transport, sekolah anak agak jauh. Anak saya bilang mereka. Ex bunda pon hantar anak sampai depan rumah, saya demam dan lemah, suami keje penyelia keselamatan shift malam, anak saya yang 1 tahun bersepahkan rumah. Ex bunda pon nampak rumah tak terurus.
Dia ceramah saya tentang anak pergi sekolah sendiri. Saya diam je la kan. Saya jenis lembut dan tak pandai melawan. Suami pulak tak ade dirumah. Dah banyak kejadian anak saya canang keburukan keluarga kecil kami yang baik tak pulak dicerita saya kecik hati dan sedih. Patut kah saya bagi hak penjagaan anak pada ex? Biar mereka yang jaga, yang bagi mereka, saya banyak kekurangan. Suami da buang puluhan ribu untuk officially adopt anak saya. Dia sayang anak saya. Kami beri dia penuh kasih dan sayang. Anak kami termasuk dia hanya 2 saja. Tapi, kenapa anak saya menjatuhkan kami? Haruskah kami berserah dan sedia mengaku kalah?




