Malam admin krt. Boleh tolong siarkan kisah saya? Pertama sekali saya mau cerita, kisah trobek ja ba ni admin. Tapi saya mau share ja la cerita saya ni. Boleh kan? Tahun 2006 saya kenal bini saya waktu tu kami sama2 umur 19 tahun. Kerja di supermarket di likas. Nama dia si wati. Jadi lepas tu si wati ni pindah ikut kakak dia pi johor. Kemudian kami lost contact. Tahun 2011 kami terjumpa balik di majlis kawin kazen saya. Kazen saya punya mentua dan abang si wati punya mentua tu adik beradik so kira dorang tu ada kaitan la kan. Jadi di sana kami bertukar contact number serta fb. Kemudian chat2 di fb.
Terjatuh cinta la balik. Tunang kawin la kami pada tahun 2013. Musim ni saya masih pakai motor lagi. Berdua kami berpanas berhujan. Lepas tu bini saya bunting saya usaha untuk beli kereta. Secondhand ja ba. Kecil2 ja asal ada. Susah betul hidup kami selalu sangkut bayaran kereta. Sampai kami decide jual ja la kereta, balik lagi kami naik motor cuma bertiga sudah la. Si wati terpaksa brenti kerja pasal dia jaga anak. Saya pun kena kasih berehenti kerja tu time. Menangis saya sebab tiada sumber pendapatan. Sampai kami jual tu kereta. Hasil jual kereta, saya start beli barang untuk jual soto. Murah2 ja tapi ok la. Cukup2 makan. Rezeki anak walaupun kami serba kekurangan tapi sentiasa rasa cukup. Ada jiran prihatin yang selalu bagi lauk, bagi baju utk anak.
Tidak lama berkembang perniagaan soto kami. Dapat saya beli kereta secondhand juga cuma bayaran cantik. Sewa rumah yang lagi ok. Makan pakai serba cukup. Satu hari merosot perniagaan, jatuh lagi kami. Jatuh kali ni bukan biasa2 tapi pasal saudara sendiri. Terpaksa lagi jual kereta, pindah rumah buruk, jual barang2, motor pun terpaksa jual kerena hutang yang tidak di sangka2. Jatuh bangun saya tetap ada isteri di sisi yang bagi semangat. Tolong buat kuih subuh kemudian kami jual tepi jalan. Kadang habis, kadang tidak habis. Pendapatan sebulan 200, kadang mencecah 500.
Sekarang saya sudah naik lagi, ada restoran di putatan. Tapi semua tu tidak bermakna. Saya rindu dengan moment yang lalu. Sekarang ni saya ada berkawan dengan beberapa orang perempuan juga tapi tidak kekal. Sikit2 merajuk minta beli hp, minta beli makeup. Tiada yang macam bini saya saya sangat rindukan bini saya kalau lah saya boleh putar balik masa saya akan berdoa sungguh2 untuk tuhan berikan separuh hayat yang saya ada kepada bini saya. 2017 yang lalu, bini saya meninggal pasal kanser. Apalah guna nya semua yang saya ada sekarang tanpa kehadiran insan yang sepatutnya menikmati semua ini.
Cintai lah sesama kita selagi hayat masih ada. Bila sudah tiada pedih rasa menanggung rindu tu. Chat tiada di balas. Call tidak di jawab. Tinggal video ja bikin hilang rindu dengar suara. Kalau saya tau masa sekejap ini saja untuk kita bersama, tidak akan perna cukup gambar saya potret kan diri nya. Tidak akan perna henti saya rakamkan video nya. Saya rindu, rindu yang tidak tertanggung.




