Hai admin. Ni aku tengah geram nak cerita pasal laki aku.. Dia ada berangkat dengan sorang budak perempuan umo 18 laki aku umo dah 32 ..Pada mula nya dia kenal budak tu dekat game yang dia selalu main plato ke apa entah nama game tu.. Lepas tu diorang chat dekat wechat pulk. budak tu mintak nak berangkat dengan laki aku padahal dia dah tahu laki aku dah ade anak bini laki aku pulak perangai macam biawak tanah dia pegi terima budak tu jadi adek angkat dia. Dalam diam2 dia vc dengan bdk tu time kt tempat kerja and time lunch break..
Sekarang ni aku suruh dia buat pilihan adek angkat dia atau anak bini dia. kalau dia pilih jugak budak tu siap la memang kau hidup merempat lepas ni biawak kom0d0! Kau tinggal sehelai sepinggang je nanti aku kerja kan jangan cabar aku! Ingat la sikit 2 biji kereta yang kau megah kan sangat tu semua atas nama aku!!harta aku! Rumah ni pun aku yang beli! Ikot kan kau tu kawen dengan aku cuci kaki je dah senang lenang! Tapi masih tak kenang budi nk cari betine lain!!
Spender kau pun aku yang beli kalau tak pakai la kau spender getah longgar tu. Betina2 yang suka berkepit dengan kau tu semua nk duit kau je diorang ingat kau berharta padahal tak sedar semua tu harta bini ! Dah berapa kali dah semua ni jadi dulu dok berscandal dengan janda tempat kerja ni dok main adek2 angkat pulakk .. aku dah tak tahu nk buat apa lagi sekarang ni aku rasa marah sangat tapi dalam masa sama aku sayang rumah tangga aku tapi bila pikir kan balik dengan perangai laki yang tak kenang dek untung lebih baik aku hidup sendiri je dengan anak2.




