salam admin dan semua warga krt.. saya sorang ibu kepada 2 orang anak. sulung 8 tahun,perempuan, kedua 4 tahun lelaki, anak saya ni ada masalah sikit pelat, bercakap pon baru boleh je masa umur dia 4 tahun.. skarang pon cara percakapan dia lebih kurang adik dia sahaja.. cara susun ayat dan sebagainya. saya terima anak saya tak seperti orang lain. Suami saya ni masalahnya dia ni sorang yang berlatarbelakangkan pendidikan tu tak penting saya pon bukan la bijak sngat tapi dapat la jugak degree. tapi rezeki suami.. walaupon kelulusan spm je.. kesunguhan dia dan mungkin juga rezeki anak2 gaji dia menjangkau 4k juga sebulan.. dan gaji saya pon hampir 3k sebulan.
dari dlu saya cakap anak kami perlukan rawata/terapi.. tetapi di tak percaya.. dia kata perkara biasa.. nnt boleh la.. nnt boleh la.. saya pon biarkan.. masing2 plak sibok dengan kerja.. anak kami terbiar.. bila anak saya masuk darjah 1 tahun lepas.. saya mula risau bila cikgu bagitau keadaan anak saya.. anak saya kat skolah kna buli, tak de kawan, tak bercakap dengan spe, cikgu pon tak pedulikan.. saya sedih min.. tapi suami tak peduli.. saya risau dan cakap berkali2. mula2 suami terima.. saya minta tolong dia hantar anak join pelbagai kelas sebab nak pulihkan dia.. lama2 dia bising..
saya ada nak bli 1 program ni. harga dia dalam Rm2500. suami tak bagi.. dia cakap mahal sngat. so saya pilih bayar bulanan. dalam 90 lebih je sebulan selama 2 thun. dia cakap tak boleh jugak. anak tak kan boleh belajar sebab kami tak ada untuk ajar. sedangkan program tu anak boleh belajar sendri. sebab ada pen yang bercakap2 tu kan.. dia cakap mahal.. astro sebulan Rm120 lebih tu dia boleh bayar. sebulan sekali kluar tgk wayang makan2 jajan Rm100 habis dalam 1 hari tak pe..
bab pendidikan anak dia mmg berkira.. apa masalah suami saya pon saya tak pasti. nak kata kedekut, dia bagi je duit dia.. beli je apa kami nak. tiap2 minggu bwak melancong atau dalam sebulan mesti ada melancong. tapi bab pelajaran anak dia mmg berkira sngat. kelas anak skrang ni, kelas renag, kelas teakwondo dan macam 2 kelas lg. saya yang bayar. tu pon dia tak suka. saya tak tau kenapa.. tapi kalau bab hiburan, berjalan melancong. tiap2 minggu pon tak pe..
anak kami tu istimewa sikit. bukan macam budak biasa. tapi dia macam tak nak terima dia cakap perkara biasa. sedangkan saya kesian tgk anak saya.. amik dia balik skolah. tak pernah jalan dgn kwan. mesti jalan sorang2. sebab dia bukan kana2 biasa.. sedih saya min.. saya mmg boleh buat apa pon dengan duit yang saya ada. tapi saya tak seronok la kalau suami tak suka, suami tak berjenan. takut nnnt mengungkit belakang hari ke ape.. saya buntu la min.. suami saya pentingkan benda yang tak penting.




