asslm.. Di ringkaskan.. saya bisnes suami duk rumah semenjak ada anak kecil dan masih tak dapat pembantu rumah. saya bagi elaun RM2000 sebulan untuk kegunaan suami saya sendiri barang dapur susu lampin baby duit minyak bill2 perbelanjaan anak sekolah semua saya tanggung.. Masalahnya sekarang suami saya duduk rumah malas nye tak tau nak kata.. dia jaga baby je tolong kemas rumah basuh baju memang dia tak nak buat… macam mane nak kataya.. isteri ni kalau dibagi elaun sara diri sendiri 200 punya la happy layan suami macam raja tip top siap ada cekodok kopi tiap petang.. Rumah licin lantai bole buat cermin..
Tapi kenapa suami tak mampu buat macam ni ye sedangkan dalam Islam walau isteri duduk rumah sekali pun semua urusan atas baru suami.. apatah lagi kalau 100% mencari nafkah keluarga jatuh ke tangan isteri. Saya dah penat sebenarnya.. Berniaga bukan kecil cabaran dia. cubala fahami.. Kalau dia mampu sara kami takkan la saya perlu susah payah ganti tempat dia. Camne nak tegur dia ye yang rasa diri hebat bila berhujah tentang agama.. Terima kasih.




