Aku Mahu Isteri Solehah. Untuk perkongsian bersama.. Dikongsi oleh seorang lelaki yang bakal berkahwin Februari nanti.. Aku merupakan seorang pekerja sebuah syarikat swasta. Aku telah berkahwin 4 tahun yang lalu dikurniakan seorang cahaya mata. isteri aku merupakan seorang jururawat kerajaan di sebuah hospital besar di ibu negeri..Ibu aku merupakan seorang wanita buta yang cacat penglihatan akibat daripada penyakit kencing manis,ayah pula telah 6 tahun meningg@l dunia.
Sejak berkahwin,aku telah berhijrah. Daripada seorang lelaki yang suka berfoya2 kpd lelaki yang rajin bersolat, rajin belajar agama di pondok2 sekitar daerah…aku minta isteriku untuk bertudung labuh,malangnya beliau tidak menurut perintah aku. Selain itu isteri aku juga selalu lewat untuk sediakan makanan kepada ibu aku, dengan alasan ada patient collapsed, terpaksa balik lambat, byk keja tak sempat siap, kadang2 ibu aku kul 4 petang baru dapat makan. Aku sedih melihat keadaan ibu yang isteri perlakukan begitu ibu selalu mengadu akan perlakuan isteri yang lambat menyediakan makan beliau selain isteri tidak bawa ibu berjalan2 apabila berkelapangan. yang isteri selalu bawa anak dan ibunya sahaja. bila ditanya, jawapan isteri bersekitar tentang tak boleh nak pegang dan kawal 2 orang dlm 1 masa’
Disahkan isteri aku hamil anak kedua, mabuk dan alah yang entah betul entah kan tidak, aku rasa mcm itu cara dia untuk mengelak jaga mak aku jer. kebetulan di tempat kerja datang seorang gadis solehah dari sebuah institusi agama menunaikan praktikal bertudung labuh berbudi pekerti dan sopan pertuturannya. sungguh aku jatuh cinta…dan rupa2nya aku tidak bertepuk sebelah tangan..gadis tersebut juga menaruh minat terhadap aku…kami pon bercinta, dan akhirnya isteri dpt menghidu percintaan kami….isteri merajuk dan membawa diri ke rumah keluarganya, ibu aku ditinggalkan tidak diurus.
isteri aku telah menelefon kekasihku dan marah2…lama-kelamaan aku hilang sabar, aku ceraikan isteri aku ketika dia hamil 7 bulan. Isteri minta fikirkan anak dan anak yang bakal lahir, tp aku dh nekad….peluang mendapatkan isteri solehah yang aku dambakan hanya muncul sekali dalam hidup…kebetulan kekasih aku berjanji akan menjaga ibu aku dengan baik sekali….aku yakin wanita sepertinya akan patuh dan taat akan perintah aku…masalah aku sekarang, bekas isteri aku telah membuat tuntutan nafkah mutaah sebanyak RM10k, nafkah anak RM1000 sebulan secara potongan gaji.. sedangkan aku akan menikahi gadis tersebut pada awal Februari nanti..
Aku akui, isteri aku selama ini membiayai bil2 dalam rumah, belanja makan minum aku dan mak tetapi aku sediakan rumah arwah ayah untuk kami berteduh… memandangkan gaji isteri aku pon jauh lebih besar darpd aku…yang aku marahkan, dia tahu aku tak mampu bayar RM1000 dan tuntutan mutaah tu tp dia buat tuntutan siap dgn lawyer lagi….kejamnya dia…tak dak simpati kat aku langsung sebagai bekas suami dia….anak kami yang kedua sekarang berusia 2 bulan manakala yang sulung berusia 3 tahun, tuntutan nafkah sampai RM1000 tu untuk apa? Mcm nilah isteri kalau tak solehah, nampak duit saja…Aku lega bakal menikahi insan solehah yang aku dambakan pada 1 Februari nanti…..Dan paling penting aku pasti dia dapat jaga ibu aku dengan baik sekali. Yang Benar Duda muda lagi handsome..





January 24, 2019
Kisah ni nampak sangat salah si suami… Tugas wajib jaga mak suami jatuh pada suami itu sendiri sebagai seorang anak lelaki.. Isteri hanya membantu… Dan tidak diperlakukan seperti hamba… Ada lagi rupanya golongan yang macam ni sekarang… Hmmm