Hi smua. saya merupakan isteri kedua kepada seorang lelaki yang bekerjaya dan gaji RM9 ke 10K sebulan dan saya sendiri pun seorg doctor yabg bergaji 6K sebulan. Kami terpaksa berkahwin senyap2 selepas saya sendiri pergi berjumpa dengan isteri pertama meminta izin untuk berkahwin. Niat saya hanyalah untuk membantu membahagiakan suami kerana sudah lama isteri tua suami tidak menjaga kebajikan suami walaupun tidak berkerja dan tidak menjaga penampilan sedangkan depan mata sendiri suami ada tunjuk resit2 modal untuk segala gym and slimming world yang suami register tetapi isterinya itu malas nak pergi lagikan untuk bersenam.
Kami dah berkahwin hampir setahun lebih dan baru2 ini isteri pertama baru dapat tahu dan sekarang dia mengamuk sangat salahkah saya mengahwini suami saya sedangkan bapak mertua madu saya sendiri suggestkan untuk menantunya berkahwin lagi sebab mampu dan ingin memberi pengajaran kepada anaknya sndri? Bapak mertua madu saya sangat sporting dan selalu dinner dengan kami berdua dan memberi nasihat2 yang berguna untuk rumahtangga. Madu saya ni kepala degil sikit.




