Derita seorang isteri. Mohon admin siarkan penulisan saya ini secepat mungkin. Saya perlukan nasihat dari rakan2 KRT. Semoga pandangan sahabat2 semua membantu saya dalam membuat keputusan. Saya seorang isteri yang selalu dicurangi suami. Saya sedar semua ini seawal setahun perkahwinan kami. Perkahwinan kami dah lebih 14 tahun dan belum dikurniakan zuriat. Seawal setahun perkahwinan kami, suami saya dah ramai makwe. Tahun ke 3 saya dapat tahu dia bercinta dengan seorang anak dare. Saya agak mereka dah terlanjur sebab nampak gambar2 perempuan tu dlm telefon suami betuala putih dlm bilik hotel. Perkara tu buat kami suami isteri gaduh dan perempuan tu tinggalkan suami lepas dia tahu suami saya laki orang.
Dalam masa yg sama, suami saya ada kawan baik perempuan tempat dia mengadu masalah. Akhirnya perempuan tu jd pengganti yg pertama tadi. Hubungan mereka dah masuk 3 tahun baru saya dpt tahu. Itupun tanpa sengaja saya terbuka password tel suami dan nampak mesej2 luc@h mereka. Rupa2nya mereka dah terlanjur dah lama. Check in sana sini. Patut la selama ini suami asyik sebut “yang haram tu la sedap” setiap kali dia tgk berita2 @ kisah zin@. Kali kedua hati saya hancur luluh. Sebenarnya suami saya juga punya ramai sgt kawan perempuan tempat dia buat maksiat online. Pernah saya nampak video call dia dgn perempuan2 yg saya tak kenal. Dia ajar anak2 dare melanc@p dlm telefon.
Bila saya tahu. suami marah2 dan kata saya tak pandai puaskan nafsu dia. Ada je yg saya buat tak kena di hatinya. Saya tegur suami suruh solat, saya dimarahnya. Pernah saya hampir kena terajang sbb kejut suami solat. Nasib baik sempat mengelak. Memang saya akui saya tak mampu puaskan nafsu suami yg pelik tu. Maklumlah. dia nak mcm video luc@h mat2 saleh yg selalu dia tonton tu. Kebetulan saya ni selalu sakit masa bersama. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin ada masalah dlm rahim. Tapi selepas saya mkn ubat2an utk rawat rahim…kesakitan tu berkurang. Mungkin sbb tu suami tak puas dgn saya. Tapi itu bukan lesen untuk dia berzine. Boleh je dia kawin lagi utk yg halal.
Ada lagi perempuan yg menjadi tempat dia puaskan nafsu….seorang janda. Tapi saya malas cerita pasal janda ni. Saya nak pendapat sahabat semua. Sekarang ni saya dlm krisis dgn suami. Suami sedang bercinta dgn isteri orang (bukan islam). Saya sakit hati dan kecewa sangat dgn perbuatan mereka. Saya dpt tahu hubungan mereka selepas suami saya tergesa2 nak larikan diri daripada suami perempuan tu. Akhirnya kami berpindah. Sebulan sblm kejadian…saya ada balik kg selama sebulan lebih sbb nak jaga org tua yg sakit.
Bila balik ke rumah kami, saya perasan banyak perubahan berlaku. Ada susun atur rumah berubah. Rumah nampak bersih spt ada yg jaga setiap hari. Byk saya jumpa benda pelik. Rambut perempuan bersepah, bilik kedua dibentang toto atas katil, berus mandian perempuan, mentega saya ada org guna (sedangkan suami saya tak suka), ada jem roti (suami tak pernah mkn) sbb tak suka roti dan mcm2 lagi brg dapur yg suami tak pernah guna, tp ada di dapur.
Bila tanya suami…dia kata ada bekas boss dia dtg bercuti menumpang rumah kami suami isteri. Saya rasa musykil. Tp sbb takde bukti kukuh saya senyap je. Saya hanya mampu doa dlm sujud setiap kali solat minta Allah jauhkan suami saya dari maksiat. Saya juga doa minta Allah bg balasan pd suami jika dia berzina lagi supaya balasan Allah tu buat suami saya insaf dan taubat nasuha.
Akhirnya Allah makbulkan doa saya. Suami perempuan tu tahu isterinya curang. Mereka gaduh. Suami perempuan tu buat report polis yg suami saya ganggu rmhtangga mereka sehingga hampir cerai. Sekarang mereka dlm proses cerai. Suami suruh saya kemas brg pindah dari negeri berkenaan. Saya betul2 kecewa…sehingga saya rasa benci sgt dgn perempuan tu. Tapi suami tetap berkeras nak juga kawin dgn perempuan tu selepas mereka sah bercerai.
Alasan suami nak anak dan nak bimbing perempuan tu masuk Islam. Macam mana saya nak terima perempuan yg dtg ke rumah kami gantikan saya sbg isteri ketika saya tiada di rumah? Saya kecewa sgt. Patut la suami selalu suruh saya balik kg jaga ayah yg sakit. Rupa2nya ada udang di sebalik batu. Saya juga perasan bila jumpa saya, suami mcm takde nafsu. Selalu klu lama tak jumpa…suami saya lain macam.
Saya bukan isteri yg kejam tak bagi suami kawin lain. Tapi saya tak boleh terima perempuan murahan yang takde maruah dan tak hormat perasaan seorang isteri. Kau tu dah la isteri orang, boleh pula kau cari laki orang, dtg rmh dia bila isteri dia tiada di rumah. Saya jd benci sgt perempuan mcm tu. Klu nak suami saya. tak perlu buat benda mcm tu. Dtg jumpa saya, ambil hati saya. Sekarang kami gaduh suami isteri. Saya bg tau suami taknak ikut dia pergi tempat kerja baru. Sbb saya minta kami berjauhan buat sementara.
Suami dah salah faham…dia kata saya minta cerai dan saya isteri nusyuz sebab taknak ikut suami. Sebenarnya suami saya sangat sayangkan saya. Saya penguat semangat dia. Dia kata takde perempuan lain setabah saya, selalu tegur dia bila buat dosa, selalu kejutkan dia utk solat, saya tak pernah curang walau suami berkali2 curang dgn saya. Sehinggalah satu hari suami dtg bawa semua pakaian saya dan ambil semua brg dan pakaian dia di rmh mak ayah saya. Dia keluar tinggalkan saya.
Sekarang saya buntu…patutkah saya maafkan suami sekali lagi dan kembali padanya @ ambil keputusan berpisah. Saya buntu sbb suami pernah lafaz talak kias pada saya. Katanya kalau saya ambil anak angkat bukan yatim piatu akan jatuh 1 talak dan dia juga ada guris hati saya dengan pertanyaan bila kau nak beranak dan bila kau nak bagi aku anak? Allah…luluh hati saya. Saya bukan tuhan. Ini ujian yg Allah bagi pada saya.
Saya buntu…mohon pendapat semua. Saya masih syg suami. Tapi dlm masa sama hati saya remuk. Macam mana saya nak hidup dgn perempuan yang buat saya mcm tu? Saya juga berkecil hati bila suami selalu mengungkit2 akan nafkah yg dia bagi saya. Katanya saya tak pernah bersyukur. Bukan kah nafkah itu kewajipan suami? Kenapa perlu di ungkit? Saya tak minta lebih pun. Kalau perempuan simpanan dia, dia boleh pula belikan cincin emas yg mahal…kenapa saya sbg isteri sah dipertikaikan nafkah oleh suami? Saya sedih sgt. Mohon kwn2 doakan yang terbaik buat saya.





January 15, 2019
hati hati puan . ambil protection ya . jgn sampai kena STD .
mungkin ada hikmahnya jika berpisah dgn suami yg melazimi dosa besar..
mulakan hidup baru.